Wednesday, June 30, 2010

Wahai anak, ingatlahh!!

Kisah teladan ini aku baca dari sebuah buku dan penulis buku itu pn ambil kisah ni dr internet.. Bagi aku kisah teladan macam ini tak salah klaw kita kongsikan bersama-sama..
Sebagai seorang anak aku rasa cerita ini sgt TERKESAN n MENYENTUH hati aku yg paling dalam.. marilah sama2 kita baca n fikir-fikirkan..


Hormati IbuBapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada w aktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah : “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. 'Apa hal ini?', kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Thursday, May 27, 2010

ROOM_123

assalamualaikum...

sy sdang menikmati kentang goreng McD bersama Air 7up sambil jari menekan2 huruf di keyboard n mate sesekali menjeling channel Cinemax di Bilik 123 Hotel Sri Malaysia, Kulim bersama hati yg tidak menentu... *poyo's disitu..

Today adalah hari teakhir aku bersama kawan2 ku di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah..Hari terakhir *sigh

Td mmg Fun sgt2..
rancangan yg ala-ala tp menjadi sgt2 fun n fun n fun!!! i loikeee...
mulanya cam mls nk kuar, bgn2 dh kul 11 so mandi2 tross siap2 sbb Cik Ain, Cik Zara n Cik Ayu nk kuar so i follow jerk!!

Then we all g Giant Kulim, tmpt biasa jerk..
kenapa g sini sebab nk karaoke n tmpt ni paling dekat dgn Poly..
mls nk g jauh2 naty kos plak lebih.. *masing2 duet dh sengket..

then terjumpe bdk2 class kat Karaoke..lps g karaoke , we all g men Bowling..
jom layan pics..
mls dh nk bebel...






end...





Wednesday, May 19, 2010

19 May 2010_8.07pm

sharing is loving!!





Dua Hal Yang Mesti di lupakan :

1. Kesalahan Orang Lain pada ku
2. Kebaikan ku pada Orang lain




Dua Hal yang Mesti di Ingat :
1. Kesalahan ku pada Orang lain
2. Kebaikan Orang lain pada ku.






"Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,
maka buatlah dia dia supaya marah
kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.
Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,
maka ambillah dia menjadai sahabat.
.."





end...



Wednesday, April 7, 2010

Aku merindui mu ABAH!!

7 APRIL 1997
suasana terlalu suram, redup, sunyi... ma menagis selepas mendapat panggilan telefon, tok jgk menangis selepas ma menyatakan sesuatu...selepas itu rumah ku penuh dikerumuni orang sekitar dan saudara mara ku...semua insan yang hadir berwajah sedih, duka, pilu... aku tak mengerti!!semua insan menatapku dgn wajah yg penuh simpati.. aku tak mengerti!! aku tetap ceria bermain bersama teman-teman ku.. menjerit, berlari sana-sini.. sikit pn aku hiraukan mereka-mereka yg berwajah hiba itu..

selepas itu, kakak pula balik dr sekolah dgn tangisan pilu.. aku masih tidak mengerti!! semua menenangkan kakak, aku hanya memandang dgn perasaan yg sangat pelik!! Apakah semua ini..

Malamnya, rumah aku dipenuhi orang ramai.. semuanya berbaju kurung dan baju melayu... aku sangkakan ada kenduri, tetapi kalau ada kenduri mengapa mereka semua berwajah pilu.. mengapa ada yang bermata merah bersama juraian air mata?? aku lihat di ruang tamu rumahku terdapat sebuah katil bujang yang tiada penghuni.. aku pelik.. tapi tiada sepatah soalan pun yang keluar dari mulutku sedari aku melihat ma menangis..

aku ddk bersama sepupu-sepupu yg sebaya dgn ku.. kami bersembang-sembang..
aku : kenapa diaorg menangis ek??
sepupu : ntah, aku pn tak tahu, ntah2 jap g ko pn nangis..
aku : hish wat pe nk nangis.. tak akan kot!!tgk lah, klaw tak caya!!

tetibe aku lihat, orang membawa usungan!! aku lihat mereka meletakkan seorang manusia di atas katil tersebut.. ABAH!! mereka angkat ABAH... aku kaku di tempat aku berdiri dengan pandangan yang pelik.. banyak soalan yg muncul di otak kuh saat itu.. mengapa dyeorg angkat ABAH?? ABAH kan boleh jalan?? Kenapa ABAH tido depan orang ramai?!! Kenapa ramai orang baca ayat AL-Quran dekat keliling ABAH??Kenapa dyeorang tutup muka ABAH?!! Kenapa, kenapa dan kenapa?!! terlalu banyak soalan yg muncul di otakku.. tapi tidak satu pun yg terluah.. APALAH YANG DIFAHAMI OLEH SEORANG BUDAK PEREMPUAN YANG BERUMUR 7 TAHUN ITU...

Disebab tgk semua orang tengah baca AL-QURAN.. aku pn masuk bilik dan ambil Muqadam aku.. Aku duduk berhampiran ABAH.. aku baca dari surah al-fatihah tanpa henti.. tetapi setiap kali ade yg dtg membuka kain yg menutup muka ABAH dan mereka kembali menutup kain itu bersama air mata yg mengalir di pipi mereka, aku pelik!! kenapa diaorg menagis!!

Sedari tgh hari td, ma langsung tdk ckp apa-apa dgn aku.. ma tak suapkan makanan utkku seperti selalu..ma tak teman aku mandi seperti selalu..semuanya aku lakukan sendiri.. aku tidak mengerti tetapi sedikit pn aku tdk mengeluh kerana aku lihat kesedihan di wajah itu...

Tiba-tiba, mok de (adik ma yg no 7) panggil aku masuk ke bilik ma.. aku tutup muqadam dan masuk ke bilik.. Masuk2 bilik, aku lihat Mak long (adik bongsu ABAH, merangkap isteri kepada abang sulung ma aku) terbaring tidak sedarkan diri..semua org mengerumuni dia dan memanggil namanya.. Seketika dia sedar dan terus menagis teresak-esak.. (mak long rapat dgn ABAH)... AKU MASIH TIDAK MENGERTI!! aku tidak pernah melihat situasi sebegini sebelum ini..

Aku duduk di atas ribaan Mok De, aku lihat Mok De menahan sebak dan mengesat air mata yg mengalir di pipi nya.. Mok De seperti ingin meluahkan sesuatu tetapi tidak terluah..dia memelukku erat.. aku rasa selamat dlm dakapan dia tetapi aku tidak mengerti! Tiba-tiba mulutku ringan untuk bertanya :

aku : mok de, kenapa ABAH tido depan orang-orang?!! Kenapa dyeorng tutup muka ABAH?!! Kenapa ABAH tak bangun jalan2?? Kenapa ramai orang menagis?!

mok de melihat aku yang berwajah dungung itu seketika, dia mengesat air mata dan menarik nafas dalam-dalam ..dia mengumpul kekuatan agaknya..

Mok de : ABAH azie dah tak ade.. ABAH dah meninggal..
Aku : ABAH meninggal?!! ABAH nk pergi mana??
Mok de : ABAH pergi dekat ALLAH..
Aku : ohhh, bila ABAH nak balik?!!
Mok de : (mengesat air mata) ABAH tak balik dah..
Aku : Abis sape nak syg kite?? *aku terus menangis...mok de terus mendakap ku.. Erat!!lebih erat dari yang sebelum ini..
Mok de : mok de ade, mok de syg azie..semua org syg azie.. Cu (adk bongsu ma aku) syg azie, Teh (adik ma aku no 10) syg azie..
mok de ckp smbil menunjuk ke arah Cu dan Teh yang sudah terangguk2 bersama tangisan!!
Mok de : kalau azie syg ABAH atau RINDU abah, azie bacalah Al-Fatihah byk2..
Aku : Tadi kite dah baca dah..
Mok de : Lps nie , bc byk2 lg.. *mok de masih mendakap aku..

Air mata aku masih mengalir, aku tidak faham memahami situasi itu tetapi mungkin jiwa ku mengertii.. Jiwa ku faham, bahawa ini KALI TERAKHIR AKU MENATAP WAJAH ABAH.. Aku akhirnya tertido didalam dakapan Mok de..

Aku sedar-sedar, matahari sudah mamancarkan cahayanya.. Ramai sgt org yg tido di rumahku..Aku keluar, mencari ABAH, ditempat kali terakhir aku lihat ABAH semalam.. ABAH TIADA.. Katil yang ABAH guna semalam pn TIADA.. Aku turun ke dapur.. Ma memanggilku.. ma memelukku.. ma memberiku sarapan.. di dapur ramai sgt org.. semuanya memandang ku dgn wajah sedih.. kakak dan abg yg masih berada di meja mkn itu juga berwajah muram..Aku ambil makanan dan terus keluar bermain bersama-sama sepupu-sepupu ku..

Selepas itu hari-hari ku tetap ceria..aku tidak rasa kehilangan kerana semasa ABAH ada pn, ABAH jarang pulang ke rumah.. ABAH kerja di Shah Alam.. Aku pernah sekali bertanyakan tentang ABAH kepada MA, aku lihat MA menangis.. selepas itu, tidak pernah lagi aku bertanya perihal ABAH, nak menyebut nama ABAH di depan ma pn aku takot.. aku takot MA menagis lagi..


HARI INI, 7 APRIL 2010
genab sudah 13 tahun ABAH pergi menghadap ILAHI kerana sakit jantung.. pergi meninggal isteri, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai..
Sudah 13 tahun juga ma menjadi ibu tunggal..
membesarkan anak-anak yg pada masa pemergian ABAH, abg baru berumur 19 tahun , Kakak berumur 16 tahun dan aku berumur 7 tahun!! Ma membesarkan kami tanpa pernah mengeluh walau sekali pn..SUMPAH , aku tidak pernah mendengar keluhan keluar dari mulut ma.. Ma seorang ma yang TABAH, CEKAL dan tidak kenal ERTI PUTUS ASA.. adakah aku sekuat ma jika perkara yang sama berlaku padaku.. ABAH hanya meninggal tanah dan wang di KWSP..
Betapa banyak nya halangan dan pengorbanan yang terpaksa ma tempuhi untuk membesarkan anak-anaknya ini.. Kakak dan Abang tidak byk kerenah kerana dia memahami keadaan ma.. TAPI aku?!! aku terlalu banyak keinginan.. Semua yg aku lihat, aku nak.. orang main Barbie, aku nk Barbie.. Bukan Barbie yg berharga 10 engget tapi yang berharga puluhan inggit.. Ma tak pernah menyatak TIDAKK.. dia akan ckp, naty ma beli.. dia akan cb belikan wlpun pd saat itu keadaan kami agak susah.. Tapi aku tidak merasai kesusahan itu.. semua yg aku inginkan aku dpt, cuma bezanya lambat dan cepat sahaja.. jika tidak dari ma, aku akan dapat dari makcik2 or pakcik2 ku.. Kejamnya aku pada ma..mengapa aku meminta -minta.. Teroknya aku... Ma maafkan lah anak mu ini...

Kenangan terakhir aku bersama ABAH pada suatu pagi.. aku lupa tarikhnya..
aku bangun tidur aku lihat ma bersiap-siap untuk ke kerja..
ABAH cuti.. aku merengek dekat ma, aku tak engat apa yang aku nk.. aku tertendang sedikit kaki ma.. then ABAH terus pukul kaki ku sambil jerkah.. aku terus nangis dan ma memujuk ku.. selepas itu terus aku tidak ckp dgn ABAH..
tgh harinya ABAH belikan aku senapang dan pistol mainan.. *masa tu menda tu tgh famous..
aku ambil..dan ABAH ajarkan cara untuk menggunakan pistol dan senapang itu..
aku teros main, aku tidak ucapkan terima kasih pn kerana hati masih marah pada ABAH..
selepas itu hubunga aku dgn ABAH mmg tak rapat sbb ABAH jarang ada kat rumah.. Dalam sebulan adalah dalam 3,4 kali nampak muka ABAH kat umah.. ABAH kerja jauh..
jadi faktor itu membuatkan aku lagi tidak rapat dgn ABAH..

ABAH pergi terlalu awal..
Tidak sempat utk :
aku memahami hati ABAH...
aku bercakap sebagai seorang dewasa bersama ABAH..
aku membeli hadiah di hari lahir ABAH..
melihat kejayaan KAKAK di UIA bersama segulung ijazah..
melihat majlis perkahwinan ABANG yg gilang gemilang..
melihat cucu abah yang baru pandai berjalan itu...

Tetapi ABAH pasti nampak kegembiraan kami..ABAH pasti nampak air mata ma mengalir disaat kakak naik ke pentas utk mengambil ijazah.. ABAH pasti nampak betapa lebarnya senyuman ma di saat abang telah sah menjadi suami org.. ABAH pasti lihat semua itu..

Satu perkara yg aku kesal adalah aku tidak sempat utk menatap wajah ABAH utk kali yg terakhir.. Aku tidak sempat utk mencium dahi dingin ABAH.. Aku tidak sempat melihat jasad ABAH disemadikan..Aku menyesal!!
Setiap kali selepas solat, tidak pernah aku lupa sedekahkan al-fatihah utk ABAH.. aku sentiasa berharap, spy aku dapat berjumpa dgn ABAH di syurga kelak.. Aku selalu mohon agak ALLAH S.W.T mengampuni semua dosa-dosa ABAH.. Aku pernah berdoa spy ALLAH S.W.T ambil semua dosa abah dan berikan kepadaku.. Biar aku tanggung semuanya.. Aku nak balas balik semua kebodohan aku semasa hayat ABAH.. Aku banyak menyinggung perasan ABAH..

ABAH,
maafkanlah anakmu ini..
maafkanlah kita yang tidak pernah hiraukan kehadiran ABAH dulu..
maafkanlah kita yang tidak pernah rasa kehilangan ABAH di saat ABAH telah pergi..
maafkanlah kita yang pernah terlupa tentang kewujudan ABAH didalam hidup kite suatu masa dahulu..
maafkanlah kita yang membenci ABAH suatu ketika dahulu..
MAAFKANLAH kita ABAH...
Kita berdoa supaya ABAH ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman!!


Al- Fatihah!!


p/s : dari malam semalam aku mengumpul kekuatan utk menulis entry ini.. air mata menjadi peneman setia ku...


Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"