Friday, February 25, 2011

Bila warden mengamuk


Assalamualaikum..
Sometime kan duduk hostel ni sgt BOSAN tp sometime FUN!! Bosan sbb kna ikut rules such as tak boleh balik lewat, tak boleh keluar mlm, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini… arghhhh byk sgt rules.. tp duduk hostel ade baik nya jgk..keselamatan lebih terjaga, kita kureng skit ber‘sosial’, duit jimat dan banyak lah lg..
As usual mlm aku pegi class muet..Kol 10 bru abis..Balik blok , tgk2 ramai sgt duk berkumpul depan koridor..Pahtu tgk dkt level 2 ada warden, warden aku laki ek tp ade sorang warden perempuan teman dia..
Warden laki tu duk bwk tongkat satu then campak barang2 yg ada kat luar bilik ke luar pagar asrama.. ke kwsn lapang yg area dekat dgn hutan..

Dia dh pesan byk kali, dekat luar bilik hanya boleh letak 2 pasang kasut dan 2 pasang slippers..others than that, tak boleh letak!!
Bdk2 ni degil, so dia saje buat spot-check.. Lawak tau..klau korang tgk, pasti gelak2..Aku duk level 3..Dia duk kat hujung blok sambil campak barang, yg student ni duk rayu2 jgn campak..
“En jgn En, tu sy punya..”
“Ni ko punya?” makin jauh dia campak..sambil muka senyum mengejek..
En warden aku tu mmg suke buat hal tp ape yg dia buat tu betol lah..berpandukan rules..Cuma dia suke menyakat tp bukan menyakat cara gatal ek..hahaha
Aku duk tgk dr atas jerk sbb tade brg aku yg dicampak..En warden tu duk bawah, pahtu dia pandang atas..
“Eh ramai nya penonton, ade barang ko er kat luar tu?”
“adalah En..”
“turun lah amik..”
“nk amik mcm mana En?”
“Lalu lah ikot pagar luar tu, pagar luar tu kol 11 bru tutup..”
“bahaya lah En, gelap..”
“tu masalah ko lah..ko nk, ko g amik..”
ni lah cth pelan..aku dh mls nk lukis beria..

Then nak balik...
“En terima kasih ek..jasa mu dikenang..”
“kenang sampai mati tau..hahhhaa”
“ye En..”
Hahahhaha
Lawak btollah..



Love,
Miss A


Friday, February 18, 2011

Cup Of Coffee!!

life is like a cup of coffee..
If u noticed,
all the nice looking expensive cups have been taken up,
leaving behind the plain and cheap ones...
While it is normal for u to want only the best for yourself,
that is the source of ur problems and stress..
Be assured that the cup adds no quality to the coffee..
What all of you really wanted was coffee,
NOT THE CUP..

But u consciously went for the best cups and then u began eyeing each others cups to see who had the best one..

Now consider this..
life is the coffee,
the jobs, money and position in society are the cups..
they are just tools to hold and contain life..
and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live..

Sometimes,
by concentrating only on the cup,
we fail to enjoy the coffee..
savor the coffee,
not the cups!!

The happiest people don't have the best of everything..
They just make the best of everything..
Live simply..
Speak kindly..
care deeply..
love generously..

Love,

Miss A

Monday, February 14, 2011

melangkah pergi

“terlampau sering kau buang airmata ku..
Tak pernah kau tahu dalam nya rasa cintaku..
Tak banyak inginku, jangan kau ulangi
menyakiti aku sesuka kelakuanmumu,
ku bukan manusia yang tidak berfikir,
berulang kali, kau lakukan itu padaku..
jika cinta dia, jujur lah padaku..
tinggalkan aku disini tanpa senyuman mu..
jika cinta dia, ku cuba mengerti..
teramat sering kau membuat patah hatiku..
Kau datang padanya, tak pernah ku tahu..
Kau tinggalkan aku, disaat ku butuhkan mu..
Cinta tak begini, selama ku tahu..
Tetapi ku lemah kerna cintaku padamu..
jika cinta dia, jujur lah padaku..
tinggalkan aku disini tanpa senyuman mu..
jika cinta dia, ku cuba mengerti..
mungkin kau bukan cinta sejati di hidup ku…
jika cinta dia, ku cuba mengertiii…..”


sebagai manusia biasa kan, sesetengah perkara yang kita rasa kita boleh sabar..kita mampu bertahan..kita akan cb bertahan..kita akan cuba sabar..kita pekak kan telinga, kita butakan mata..kita ignore reality kat depan mata..kita keraskan hati, anggap semuanya baik..semuakan akan okey satu hari nanti..

Tp kesabaran seseorang itu pun, ada tahap nya kan..Bila dh sampai tahap yg kita tak mampu bertahan dan tak mampu untuk bersabar..Sampai bila kita nk butakan mata dengan kenyataan depan mata?? kenyataan yg memang tak berpihak langsung pada kita..Sampai bila kita nk keraskan hati dengan sikap dan layanan dia kat kita..Sampai bila kita nak pekak kan telinga dengan setiap patah perkataan yg menyatakan hakikat sebenar situasi itu..

Sampai satu tahap, kita dah tak mampu nak menangis sbb terlalu sakit..Sampai satu tahap, kita dh tak larat nk layan perasaan kita sendiri..Akhirnya kita beralah..
Kita perlu lepaskan sesuatu yg kita sayang..Kita fikir dia nampak pengorbanan kita..Kita fikir dia nampak betapa dalam nya kita sayang dia..Kita fikir dia sayang kita sebagaimana kita sayang dia..Kita impi untuk hidup bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat..Kita ikrar dalam hati, dia cinta kita yang terakhir..
Tapi
Kita salah..Kita salah menduga sikapnya,kita salah mentafsir perasaannya..kita tidak punyai apa-apa makna dalam hidup dia..kita seperti sebuah boneka yang diperlukan ketika dia memerlukan sesuatu disaat bosan dan akan dicampak bila tidak lagi memerlukan kita..

Akhirnya, dengan rela kita melepaskan dia pergi..RELA bukan PAKSA..Ada seorang lecturer sy cakap, bila nak buat sesuatu biar kita ikhlas dan kita benar2 rela untuk melakukannya..Melepaskan dia pergi bukan bermakna kita tidak sayang kan dia tapi sbb sayang lah kita lepaskan..Kita tak mahu dia terus rasa serba salah dan menyusahkan dia lagi..




Love,
Miss A

Saturday, February 12, 2011

persimpangan

Ya Allah,
aku mohon pilihan yang terbaik daripadaMu menurut ilmuMu.
Aku juga mohon takdir yang terbaik menurut takdirMu.
Aku mohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya Engkau sahaja yang mentakdirkan bukan aku yang mentakdirkan.
Hanya Engkau sahaja yang tahu dan aku yang tidak tahu.
Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib.

Ya Allah,
jika Engkau tahu perkara ini baik untukku,
untuk agamaku,
untuk hidupku dan untuk matiku,
atau untuk urusanku dunia dan di akhirat,
takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku,
kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.
Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untukku,
untuk agamaku,
untuk hidupku dan matiku,
atau untuk urusan dunia dan akhiratku,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah aku redha dengannya..


Amin...


 


Love,
Miss A


Friday, February 11, 2011

diari Sang Pungguk

di malam yang sunyi..
sang bulan memancarkan cahaya nya suram..
sang pungguk duduk disitu memerhatikan bulan..
mendengar unggas-unggas menyanyi riang..
mendengar anjing menyalak takot..

pungguk masih disitu..
berdiam diri memerhatikan bulan..
mengharap bulan juga turut sama menyedari kehadirannya dan memerhatikannya..
pungguk memandang langit..
kelam..
sekelam jiwanya..
airmatanya menitis...
cinta nya dipermainkan..
kesetiaan nya di persendakan..

kata putus yang diharapkan dari sang bulan masih belum diucapkan..
pungguk sedia menanti..
sang bulan masih tidak membuat keputusan..
masih begitu..masih membisu dari berkata-kata tentang itu..
pungguk masih berkawan seperti biasa..
kata sang bulan "dia keliru.."
pungguk berdiam diri, masih memberi dia masa..
ambillah masa wahai sang bulan ku..aku sedia menantimu disini..


setiap saat setiap minit tak pernah pungguk lupakan sang bulan..
adakah sang bulan turut merasakannya?!
adakah sang bulan turut sama merasai derita ini..

pungguk merenung sang bulan lagi..
teringat kembali detik2 bahagia dulu..
tiada rahsia antara mereka..
impi mahligai indah bersama..
rupanya semuanya hanya mimpi, mimpi di siang hari.. *sigh
sang pungguk mengesat lagi titisan jernih itu..

sang bulan, lihatlah aku disini..
aku menanti mu dgn setia..
mengapa tidak dipancarkan cahaya mu itu kepada ku..
walau suram, tidak ku hiraukan..
asalkan cahaya itu datang darimu..
ketahuilah wahai sang bulan ku,
aku merindui mu..




Love,
Miss A

Tuesday, February 1, 2011

ingin sekali aku...

Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu...
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu...



Love,
Miss A

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"