Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Tuesday, April 1, 2014

monolog dari hati..

Duduk sendirian, satu persatu ingatan padamu datang, bagai tayangan maraton Running Man..
Tersenyum aku sendirian, rindu nya pada awk yang dulu.. 

Mata dipejam, lalu hati berkata :


"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah .. Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu... Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. " 

Ada mutiara jernih mengalir.. Ya Allah, aku mengangis bukan kerana lemah tapi aku terharu dengan diri ku sendiri.. Aku dapat hadapi segala ujian dgn tenang.. Terima kasih Allah atas kekuatan yang telah KAU pinjamkan kepadaku.. 




Aku pinta pada Allah, agar dirimu diberi kesihatan yang baik sebelum kau datang untuk menjagaku.. Dirimu diberi kemudahan sebelum aku dapat membantumu.. Dirimu diberi ujian untuk kesedaran sebelum kau datang membimbingku.. Dirimu diberi kekuatan untuk menjaga diri, iman dan perasaan untuk jodohmu sebelum kau datang melamarku..


Yang Merindu,
نور ماءيزن ازيياتي بنت کامروددين

Thursday, March 13, 2014

Duhai lelaki


Assalamualaikum..


Wahai LELAKI, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar GADIS, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:


Pertama : Kamu menjadi seperti janggut. Mudah dibela, diusap, dibelai dan dimanja. Selepas itu ? Dicukur.

Kedua : Kamu menjadi seperti tiara. Berada di atas perempuan. Tersimpan rapi. Melindungi kepala. Bukan senang dilihat pengorbananmu, apatah lagi menjangkakannya. Hanya orang yang terpilih sahaja yang bertuah dapat dilindunginya..

TAHUN ni byk sgt membe-membe yang satu sekolah, satu tmpt study dlu yang nk nikah.. ye sy baru 22 tahun tp ade kawan saya yang dah ada 2 org anak dan bahagia je sy tgk.. alhamdulillah rezeki dia kan.. Allah tetapkan jodoh dia awal..

Pada sy umur berapa pun untuk kahwin itu bukan hal yang penting, asalkan BERSEDIA untuk pikul tanggujawab sebagai isteri/suami dan ibu/ayah, itu sudah memadai.. 
Sy tak pernah tetapkan bila sy akan berkahwin.. Andai jodoh telah sampai, maka kahwin lah saya.. haha
Terasa mcm gatal je ckp bab kawin ni.. pedulikann!!

Wahai bakal imam ku, 
aku tidak meminta rumah yang besar,
aku tidak meminta kereta yang gah,
aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah,
aku tidak meminta wang yang banyak,
aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana..
TETAPI
izinkan aku meminta sesuatu darimu, 
bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya.....




lots of love
~ME~