Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Saturday, May 18, 2013



17/6/2011 and 18/5/2012

We thought of you with love today,
But that's nothing new.
We thought about you yesterday,
And days before that too.
We think of you in silence,
We often speak your name,
Now all we have is memories,
And your picture in a frame,
Your memory is our keepsake,
With which we'll never part.
GOD has you in his keeping,
We have you in our heart...

Friday, May 10, 2013

Lelah dgn DOSA


"Bila hati dah penat buat dosa, itu tanda hidayah cuba peluk jiwa. Apa lagi? Balaslah pelukan tu erat-erat! Bukan senang nak dipeluk hidayah..."                                            


............................................................

Assalamualaikum and good morning jejaka kacak berbaju melayu dan gadis jelita berjubah sekalian.. kalau yg tak pkai baju melayu dan jubah dan terasa kacak/jelita, pon bolehh... Selamat berhari Jumaat, hari yg penuh berkat..


Bila bercerita tentang HIDAYAH, pada pendapat aku hidayah ni kalau dia nk datang, dia tak kira masa dan siapa.. siapa saja boleh dapat hidayah.. sama ada dia Islam atau bukan Islam.. 

Dulu aku pernah rasa pakai tudung ni adalah sesuatu yang membebankan.. Panas Rimas Leceh.. Kalau tak pakai tudung tu rasa 'free' je.. Rambut bebas terbang melayang dan nampak cantik sgt, macam-macam aksesori boleh letak atas rambut.. Dan kebetulan rambut aku mmg jenis yg tak bermasalah, pesen 'guna jari pon boleh'.. Lagi rasa best bila org puji rambut cantik, lagi lah rasa 'hebat' kan.. So dulu aku pakai tudung mmg pesen on/off pakai tudung.. Kejap pakai, kejak tak.. Aku pulak aktif bersukan, so kalau terlibat dgn aktiviti sukan, mmg aku tak pakai tudung.. Dosa Pahala aku tolak tepi.. 

Sampailah satu saat, masa tu tahun lepas *kalau tak silap aku*, aku tak ingat bulan berapa.. Aku solat maghrib kalau tak silap then aku menangis menangis dan mengangis.. Aku rasa mcm byk sgt dh dosa aku, rasa mcm tak tertanggung dan takot tak diampunkan.. Ya Allah , masa tu rasa mcm esk aku akan mati, mati dgn dosa yg menggunung.. Rasa lemah segala anggota tubuh.. 

Mula saat itu, tiap kali tak pkai tudung aku akan rasa serba tak kena.. rasa ada yang kurang.. Rasa tak selesa dan aku rasa aku buruk sgt kalau keluar ke tmpt yg ramai orang tanpa menutup rambut.. Aku tak lagi rasa pakai tudung tu Panas Leceh Rimas malah aku rasa selesa sangat.. Rasa tenang sangat.. Aku bersukan pun aku pakai tudung... 


 Kalau dulu tudung aku singkat, sekarang aku cuba dan berusaha untuk tutop apa yg disuruh oleh Allah..   Alhamdulillah sampai ke hari ini aku masih lagi berusaha untuk berubah dan cuba untuk istiqamah.. Masih byk yg kurang, masih byk yg aku perlu belajar.. Penampilan aku pon, byk yg kurang.. Bukan sahaja dari segi penampilan , malah dalaman juga byk yg perlu aku ubah.. Banyak sgt yg kurang.. 

Aku sangat-sangat berterima kasih dkt dua org tiga org manusia ni yg sangat-sangat mendorong aku untuk jadi yg lebih baik.. Thank to Dyra Hadi, KaaDabri dan mereka-meraka yang lain..

Alhamdulillah aku bahagia dgn kehidupan aku skrg walaupun tanpa insan bergelar lelaki disisi.. Aku masih mampu ketawa dan tersenyum.. Belom masanya untuk ber'teman' azie.. InsyaAllah suatu masa akan Allah gerakkan hati kau dan dia untuk bersatu menjadi yang halal.. 

Pesanan aku kepada semua dan diri aku sendiri, tak semestinya yg 'free hair', pakai seksi-seksi je yg perlu berubah, kita yg bertudung ni pun kena tgk diri kita.. masih banyak yg kurang.. masih banyak yg perlu dibaiki.. Allah membuka pintu taubat-NYA untuk kita, jgn lah kita sombang dgn tidak mempedulikan semua itu.. 




with Love
Azyyati Kamaruddin