Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Monday, May 28, 2012

katak Oh Katak

Assalamualaikum..

Hari Jumaat mlm ari tu aku ke majlis pernikahan*skema bangat* kawan kpd sepupu aku.. kira kawan aku jgk lah kan..

aku bukan nk cerita pasal majlis pernikahan dia tu tapi nk cerita pasal Cik Tak @ Cik Katak..
ceritanya begini..
Aku pelik lah dgn Cik Tak ni.. Aku ni tak suke dia TAPI di selalu nk bermanja-manja dgn aku.. mencik taw *jalan sambil hentak-hentak kaki*..

Selepas membe aku tu nikah, dh settle semua.. kitaorg pun bergerak lah ke khemah untuk makan.. membe aku ni, dia nikah mlm.. 

Tgh syok makan, masa tu dh tak keruan sbb aku makan sambal tempoyak yg pedas tak hingat.. berasap molot.. tiba-tiba aku rasa ada sesuatu jatuh atas kaki..rasa sejuk je.. mula-mula mcm buat tak tahu tp mcm pelik 'eh apa pulak atas kaki ni.. ' .. aku pandang je bawah meja, molek je Cik Tak tu ddk atas kaki aku.. Cik Tak tu kecik je tp jenis yg lembik tu.. 

Ya Ampun, terus aku angkat kaki then terjerit.. drastik ok tindakan itu.. haha.. pahtu org dkt meja tu semua pandang.. masa tu tak fikir malu dh, fikir geli je.. 
ada laki sebaris meja aku tu tnya :
L : kenapa?
Aku : Katakkkk...
L : lah takot katak ke..
Aku : tak takot tp geli.. halau lah cepat..

Pahtu lama pulak dia lepak atas wedges aku tu..
sepupu aku duk sebelah aku duk halau-halau , Cik Tak tu buat bodo je.. hadoiii..
pahtu ada laki tu, dia suluh Cik Tak tu dgn handphone dia.. 
Baru lah Cik Tak tu lompat-lompat lari..

L : dia dh lari dh.. *muke senyum2 mcm kerang tak cukup masak*

Senyum lah ko, ade aku kesahh..
aku pandang dia, then teros we all berlalu pergi dari tempat kejadian..
pahtu cari paip, basuh kaki n wedges..

mlm tu teringat-ingat lagi Cik Tak tu.. tapi nasib baik tak masok dlm mimpi.. hahaha








With Love,
Azyyati Kamaruddin



Tuesday, May 15, 2012

manusia itu ..


Assalamualaikum..

Manusia itu sifatnya tidak dpt diduga..
sifatnya boleh berubah dalam sekelip mata..
sifatnya terkadang lebih dipengaruhi oleh hati..
andai yang diikuti itu hatinya bersih, maka kearah kebaikan lah bergeraknya manusia itu..
Namun, andai hatinya kotor, maka sebaliknya lah kehidupan manusia itu..

Lidah itu tajam seperti pisau..
org kata, 'Kerana lidah, Badan binasa' , 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..' 
Tapi sebagai manusia, kita sering kali terlupa, sering kali alpa..
Bila marah menguasai diri, semuanya dihamburkan.. semua dilepaskan tanpa fikir apa impak kata-kata kita selepas itu..
Tahu kah kita, apabila kita sedang marah, syaitan akan berlari menuju ke arah kita. untuk menguasai diri kita..
andai kita ikot saja kata hati tanpa berfikir , maka bertepuk tgn lah syaitan-syaitan itu semua..

Apa yang kita dpt dgn memarahi seseorang?
puas? suka? ego? tunjuk kehebatan? tunjuk kekuasaan?
semuanya tidak kekal lama..
sesungguhnya Allah s.w.t lebih berkuasa dari kita..
Banyak salah yang kita lakukan TAPI Allah s.w.t tidak pernah memarahi kita dgn teruk..
DIA sentiasa memaafkan kita..
Sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat..
Kita ingkar perintah DIA, tp DIA masih memberi kita udara untuk bernafas, rezeki yang berterusan, perlindungan tanpa henti..

Bila kita marah, pernah tak kita fikir perasaan orang yang kita marahi itu?
pernah kita cb untuk memahami keadaan sebenar?
pernah kita bg peluang untuk dia membela diri?
pernah kita cb letakkan diri kita dipihak dia??
cuba berfikir secara waras, berfikir seperti seorang manusia yang berakal..

Mungkin lepas hamburan kata-kata marah, kita akan meminta maaf..
Yang dimarahi, mungkin akan memaafkan kita TAPI untuk melupakan setiap kata-kata kita, itu sesuatu yang agak mustahil dan mengambil masa yang lama untuk dilupakan..
Kata-kata itu akan tersemat kukuh di hati...
Tapi memafkan dgn ikhlas itu adalah lebih mulia.. cb kita renungkan kisah Rasulullah s.a.w dgn pengemis buta ini :
.........................................................................

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata : 

Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya
Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya : 
“anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”.
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya : 
“Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”
“Apakah Itu?” tanya Abu Bakar r.a. 
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana” kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,
“siapakah kamu ?”
Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”
“Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri” pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, 
"aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW"
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, 
"benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia" 
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.
.........................................................................
MasyaALLAH, betapa Mulia dan sabarnya nya baginda Rasulullah.. Moga kita dapat ambil ikhtibar dari kisah ini.. :)
Saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan, jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri dan buang segala sifat tercela itu.. Berusaha lah kearah kebaikan.. 
Islam itu indah dan sgt memudahkan kehidupan andai kita ikuti yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang..

Selamat Pagi..




With Love
Azyyati Kamaruddin

Wednesday, May 2, 2012

REDHA itu IKHLAS


Assalamualaikum..

Saat aku merenung langit cerah ..
melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..
tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...


dan ketika ini..
ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
ada insan yang JATUH CINTA pandang pertama.
ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah mereka..
ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
 ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
Bermakn.. Indah..


tapi ketika ini..
 ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
 ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
 ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
 ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
 ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya..
Pahit..Perit..


AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya pakaian untuk dipakai..
punya kasih sayang dari keluarga..punya masa untuk menulis ini..
Jadikanlah aku hambaMU yang BERSYUKUR.. 





with love, 
Azyyati Kamaruddin