Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Monday, March 26, 2012

tanya sama hati..


"hurt me with the TRUTH  but never comfort me with a LIE..."
 .........................................................................
 
Assalamualaikum..
hai perempuan-perempuan cantik dan lelaki-lelaki macho sekalian..

Satu masalah aku bila nk tulis entry ni,  aku tak tahu macam mana nk tulis ayat permulaan.. jadi kita masuk terus jelah ke 'main topic' ye.. hamboiii rasa mcm tgh buat discussion pulak..

Aku sgt bersimpati dgn kaum-kaum yang sama spesis dgn aku yang asyik kena tipu dgn lelaki.. Bukan sekali MALAH berkali-kali.. ditipu oleh orang yang sama dgn alasan yang sama..

Miss : Dia dh banyak kali kantoi dgn aku, dia couple dgn perempuan lain..
Aku : perempuan yg sama?
Miss : perempuan lain-lain.. tp banyak kali sgt dh..
Aku : so ko stay lg dgn dia?
Miss : ermmm entah lah.. aku tak boleh nk tinggal dia.. aku syg dia..
Aku : STUPID.. *aku ckp dalam hati jelah..*

Korang tak rasa ke yg korang sebenarnya dgn RELA membenarkan org memperbodohkan korang..
sikap korang yg terlalu BERSERAH dan konon-konon TERLALU syg tu, buat korang nampak BODOH sgt..

kali pertama diduakan boleh dimaafkan..  Mungkin ada kesilapan di pihak kita dan dia..  perbetolkan apa yang salah dan bagi peluang kedua untuk hubungan tu.. yelah syg sgt kn, tak kan nk terus PUTOS..

 kali kedua diduakan, boleh lah korang bg peluang terakhir.. tapi kalau rasa tak sanggup.. tak payah bg peluang dh.. say bye-bye je..

kali ketiga, silalah korang angkat kaki dari hidup lelaki yg sebegini...he dont deserve u.. persetankan rasa syg dan mulut manis yg duk mintak MAAF berulang kali tu..

perempuan-perempuan cantik, lemah lembut dan ayu sekalian, percayalah jika lelaki tu syg korang dia TAK AKAN cari orang lain dh.. Dia tak akan MENDUAKAN korang.. Jangan lah jadi BODOH sebab cinta.. bercinta bertahun-tahun, banyak kenangan bersama, selalu spend time together TAPI kalau begini perangai bf korang, sila fikir berjuta-juta kali untuk teruskan hubungan korang.. tak rasa takot ke, andainya bila dh nikah nanti, perangai dia tetap tak berubah?!  








with love,
Azyyati Kamaruddin

Monday, March 12, 2012

mencintai dalam diam




Di sudut sepi,

Aku termenung sendiri,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan,

Otak ligat mencari jawapan..


Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintai dia tika aku mencari keredhoan-Nya...


Ya Allah,

Telah engkau pertemukan kami,
Pernah berlalu berselisih bahu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing..



TakdirMu melebihi segalanya,

Kami bertemu di satu ruang,
Mula berkenalan dan mula rapat,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Namun Ianya jauh tersimpan di sudut hati..



Aku merindui, aku menangisi,

Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati..



Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya..



Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,

Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami bila tiba masanya.


Amin.. 



via : iloveIslam



Azyyati Kamaruddin

Thursday, March 8, 2012

please remind me!!



Tolong ingatkan aku....
Andai aku terlupakan Tuhan...

Dalam kelapangan dan kesibukan....
Dalam kesenangan dan kesusahan...




Tolong ingatkan aku...
jangan jadi anak derhaka...

Mak Ayah dilupakan jangan.....
Usah diluka hati dan perasaan.....


Tolong ingatkan aku.....
supaya ingat pesanan guru....
Bukan sekadar peringatan...
tapi Tarbiyah berpanjangan.....




Tolong ingatkan aku.....
Dengarlah dan bacalah Al-Quran.....

Tika radio penuh hiburan.....
Tika tv penuh hindustan....




Tolong ingatkan aku....
Dimana Islamnya zahirku....

Jika aurat didedahkan....
Disingkat..Diketat..dan Dijarangkan.....



Tolong ingatkan aku....
jadilah sahabat yang baik...

Sentiasa memberi peringatan....
Sentiasa menerima teguran.....




Tolong ingatkan aku....
Kalau bercinta biar kerana-Nya.....

Dalam memilih utamakan Iman....
Kelak ikatan dihindari syaitan.....




Tolong ingatkan aku.....
hidup ini satu kembara.......

Kutiplah mutiara dalam perjalanan.....
Moga di sana menjadi bekalan.....




Tolong ingatkan aku.....
Diri ini milik Yang Kuasa......

KepadaNya jiwa diserahkan.....
Segala-galanya DIA lah tumpuan.....




Tolong ye ingatkan aku.....
Sahabat dan kawan-kawan sekalian.....

Sebagai bekalan di alam Barzahku....
Sebagai bekalan di alam Rohku....
terima kasih...
Alhamdulillah....
amiinn.....






Azyyati Kamaruddin

Tuesday, March 6, 2012

21 + 1 = 22


 Assalamualaikum..

Tanggal 6 March 1990 telah lahirnya seorang bdk perempuan yang comel lagi sopan santun serta berbudi bahasa dan diberi nama NUR MAIZAN AZYYATI yang membawa maksud CAHAYA UTAMA KESABARAN.. oleh itu jgn pertikaikan tahap kesabaran sy sbb sy sememangnya seorang yang sgt sgt sgt SABAR.. muehehehe.. *ape yg aku melalot ni..*

Alhamdulillah, sy bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi sy peluang selama 22 tahun untuk hidup di  bumi ini untuk tambahkan segala yang kurang, baiki apa yang silap dan terima kasih kerana mengirimkan mereka-mereka yang hebat untuk saya..

Oleh itu sy nk ucapkan terima kasih  :
  • To MY MA dan arwah abah yang lahirkan sy ke donia ini dan didik serta beri segalanya.. thank you so much, love u mama..
  • To keluarga, terutama kakak dan sepupu-sepupu sy yg terSYG's... korang tak pernah sekali pun miss untuk wish besday dkt sepupu korang yg CHANTEK ni kan..*muntoh ijo*  sy tahu korang sentiasa ada disisi sy walau dlm apa keadaan sekalipun.. syg korang banyak-banyak..
  • To all of my BFF dan semua kawan2 sy.. korang mmg TERBAIK, TERHEBAT dan TER'AWESOME'  , cuma kadang-kadang TER'OVER' sikit.. hahaha.. love u all damn much.. kalau nk sebut nama satu persatu rasanya esk pun tak habis nk taip ni.. :))
Terima kasih korang.. terharu baca satu persatu ucapan korang walaupun ade yg just tulis "HB", takpe sy terharu jgk.. sobsobsob~ ada yg tnya bila nk kahwin? kalau jodoh smpai sekarang, sekarang jgk sy kawen.. jodoh itu rahsia Allah, jd sy tiada jawapan untuk soalan itu... dari td sy berusaha sebaik mungkin *ecewah* untuk membalas setiap satu ucapan korang.. :))


Paling terharu lagi apabila boss sy bg sy cuti hari ni.. mungkin dia ingat sy ada boyfriend and ingat sy nk celebrate dgn boyfriend kot.. Malangnya wahai Encik boss, sy tiada boyfriend dan cuti yg diberi telah sy gunakan untuk tdo dgn banyaknya hari ini.. haha~

Begitu jg dgn Encik Celcom, kenapa celcom tak bg kita pilihan.. samaada nk call free atau krdt free selama 7 hari.. ni dia bg call free, sy sedang berfikir siapalah yg sy nk call ni.. no dalam senarai 8pax pulak, semuanya no yang tak sepatutnya ADA dalam senarai.. Oleh itu untung lah Encik Celcom kerana sy tak mungkin akan guna call free yg diberi itu..:))




 Sila abaikan muka aku itu.. tgh2 syok layan bola sepak tiba-tiba ade bunyi "pisss pisss" pusing belakang, nmpk kek dan lilin depan pintu.. wahh terharu.. sbb tu muke 'setonyeh' je.. tudung ni men pakai je sbb nk tangkap gambo kn..


Walaupun ianya cuma sepotong kek tp memberi SEJUTA makna.. sy sgt suka buat kek tp sy bukan penggemar kek.. dh cane tu.. haha thank you kepada Cik Ude dan Cik Angah untuk kek ni.. terharu kejap.. hihihi


Untuk birthday yang ke 22 ni sy sgt berharap :

1. Segala cita-cita sy dalam kerjaya dan dalam hidup akan tercapai..
2. Saya akan menjadi anak yang lebih baik dari masa lalu..
3. menjadi seorang muslimah yang lebih baik.. *i'm still trying*
4. Ada seseorang yg boleh terima sy seadanya, yang mampu untuk jadi anak lelaki  kpd Ma sy, seorang yg snggup berkongsi segalanya dgn sy serta sanggup bersama sy ketika susah dan senang..dan yang penting dia sayang sy kerana ALLAH.. =)) *fuhhh*


Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai dari sepotong doa.. TERIMA KASIH KORANG untuk semua doa.. semoga Allah S.W.T merahmati kehidupan sy dan juga korang semua.. 




SELAMAT HARI LAHIR NUR MAIZAN AZYYATI.. =))




with love , 
Azyyati Kamaruddin

Monday, March 5, 2012

tabung cha-ching cha-ching


 Assalamualaikum...
Sejak beberapa bulan yang lalu, setelah memikirkan masalah ekonomi dan masa depan yang lebih mencabar dgn harga barang yang semakin mahal dan gaji yang tidak berapa byk aku bertekad untuk menyimpan duit syiling kedalam tabung..  *ecewah ayat tak tahan..*



Aku tak sabar nk tunggu tabung aku ni penuh sbb nk transfer ke bank..


tapi melihatkan keadaan saiz duit syiling sekarang.. 

 
duit SEPOSEN tak mengecewakan.. masih sama seperti dulu..


duit DUAPOSEN mengecewakan sikit sbb saiz kecik lagi dari saiz duit lama..


duit LIMAPOSEN ni lagi lah berbeza gile saiz nya.. tp aku suka tgk duit LIMAPOSEN yg baru.. ade bentuk2 kat tepi dia.. cantekk..


 Kesimpulannnya makin lmbt lah penuh tabung aku.. lama lagi lah nk kena tunggu..






Azyyati Kamaruddin..

Saturday, March 3, 2012

i think i...

SUKA 
SAYANG
SELESA
SENANG
MEMBAHAGIAKAN
MENDAMAIKAN
SENYUM
TERIMA KASIH..

AWK BUATKAN HARI-HARI SY 'AWESOME..


Azyyati Kamaruddin

Thursday, March 1, 2012

convocation day


Assalamualaikum
Disaat perot sedang kenyang dimasuki oleh PIZZA yang dibelanja oleh Boss, maka terlahirlah entry yang tak berapa nk ilmiah ini..

Beruntung betol kan bila belajar dari bawah..
boleh konvo banyak banyak banyak banyak kali..
entry konvo yang lain akan di update nanti.. 

 Ini video berbulan-bulan yang lalu.. eh tak, sebenarnya ini video tahun lepas.. 

video

bila tgk semula, ya ampun lawak nya..
padahal masa tu berdebar gile nk naik and jalan atas pentas tu.. 


tetibe rasa rindu dekat cowok2 dan cewek2 ptsb.. 
ya ampun, kangan bangat sama kalian..




Azyyati Kamaruddin