Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Thursday, November 8, 2012

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum..
hampir-hampir 2 bulan tak up entry baru..
cerita byk tp masa yang tak cukop nak taip dkt sini..
tetibe hari ni taip entry pasal resepi , ha nmpk tak kat situ..
nafsu makan tak dpt dikawal.. 

Semalam mmg teringin nk buat kek Gula Hangus atau ade org panggil Kek Span/ Kek Sarang semut..
tak kisah lah nama ape kan, asalkan rasa sama..
Bagi aku kek ni paling simple bahan-bahan yang digunakan and paling senang.. :)
Sebelum ni pernah dh buat and masa raya hari tu pun dh buat..
resepi ni aku amik dh lama dgn Kak Rai..
Sebelum dpt resepi dari Kak Rai, mcm-mcm resepi aku cuba and semua tak menjadi..
kek tak bersarang langsung..

so moh lah kite buat kek , tung tang tung tang *sound effect mcm hape*

Bahan-Bahan : 
cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu teh mentega/butter

ha senang kan.. barang-barang yg mmg ade dekat dapur..

Cara - Cara : 

Step 1
Mula-mula masak gula dengan api sederhana hingga hangus tp jgn terlebih hangus nanti kek akan rasa tak best...

Step 2
Dah nmpak gula mcm hangus, korang masukkan lah air panas dan masak lagi hingga gula cair (tak ada ketul-ketul)

Step 3
Masukkan mentega.. Then kacau sampai mentega cair, tutup api. Ketepikan dulu, sejukkan.. tp jgn lah sampai masukkan dalam peti ais plak utk sejukkan... haha 

Step 4
Then korang pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.. aku guna mixer tp kalau korang tak ade mixer , korang guna lah apa-apa pon, asalkan telur tu kembang..

Step 5
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.. part ni guna manual je, tak payah guna mixer dh.. 

Step 6
Masukkan pula tepung + soda.. Sebatikan semuanya.. pastikan tepung tu tak berketul-ketul ye.. 

Step 7
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah korang sejukkan tadi.. kacau sampai sebati..

Step 8
Masukkan adunan dalam loyang then perapkan adunan selama lebih kurang 3-4 jam..Perap ni bertujuan untuk jadikan kek tu bersarang-sarang..

Step 9
Bakar kek tu dengan api sederhana (160 -180 ) selama 1 jam


SIAP!!  

Ha senang kn nk buat kek ni.. korang silalah cuba..
SENANG. SEDAP.CEPAT.. 

Selamat mencuba..
ape-apa tak faham or nk tempah sila drop je komen kat bawah ni ye.. :)
kahkahkah tempah tu yg tak boleh blaa.. hahah








With Love,
Azyyati Kamaruddin


No comments: