Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Sunday, August 28, 2011

Harus melepaskan


Hidup ni umpama RODA, hari ini kita kat atas dengan segala kesenangan dan mungkin esk kita akan berada dibawah dengan penuh kesengsaraan... Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik utk hamba-NYA...


“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.."

_Al-Baqarah 216_


Akan tersimpan perih disudut hati.. Setelah sekian lama kita bertahan..kita pendam semua duka rupanya Allah tunjukan kita jalan. JALANyang terbaik untuk kita…


Dalam hidup, ada sesetengah perkara yg tidak ingin kita lepaskan... Ada orang yg tak ingin kita tinggalkan..Namun akan tiba saatnya dimana kita HARUS berhenti mencintai seseorang... Bukan kerana kita TIDAK mencintai dia TETAPI kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.…..


Mengapa begitu susah untuk kita melepaskan seseorang?? Mungkin kerana ...

  1. Kebahagiaan kita sangat bergantung kepada dia..
  2. Kita merasa dia sangat kacak/cantik jika dibandingkan dgn yg lain..
  3. Kita takut tidak akan dapat menemui yg sama seperti dia lagi...
  4. Begitu banyak saat-saat indah bersamanya dan saat-saat itu sentiasa terbayang di depan mata..
  5. Hati kita berkata "sy sgt mencintai dia dan ingin menjd miliknya.."


Namun sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah, kita harus INGAT :
  • Melepaskan bukanlah bererti berakhirnya kehidupan malah ia adalah erti bermulanya sebuah kehidupan yang baru…
  • Kebahagiaan kita tidak tergantung pada dia tp pada Allah...
  • Orang yang kacak/cantik belum tentu yg terbaik buat kita...
  • Kita perlu tahu bahawa jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik untuk kita.. :)
  • Saat-saat indah itu hanyalah tinggalan masa lalu...tak salah dikenang tp tak perlu diingati selalu..
  • kita perlu melepaskan dia jika tidak ada apa lagi yg dapat dipertahankan dlm hubungan itu.. Tidak perlu kita menyiksa diri dengan mempertahankan sesuatu yg akan musnah akhirnya..
  • Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa tetapi kita telah memahami sesuatu!! Segala perkara ada had waktunya...Ada saat kita perlu mempertahankannya dan ada saat kita perlu melepaskannya...
Ingatlah, ALLAH menguji hamba-NYA mengikut kemampuan hamba-NYA..


" Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya …"




credit to : Renungan mukmin.. :)






Azyyati Kamaruddin

Friday, August 19, 2011

alahai melayu



assalamualaikum

dh separuh dh Ramadhan kan..
makin berkejar2 orang mengutip pahala..
takot, tak berjumpa lg Ramadhan tahun hadapan..

aku ade story ni..
agak sadis lah kerana berlaku di bulan Ramadhan..

aku pernah post kal FB yg ade satu gerai yg jual 'kuih bomm' kat Bazar Ramadhan area rumah aku ni..
gerai dia jual dalam 3, 4 jenis kuih jerk..
penjual dia 2 org adik beradik lelaki and umur dalam awal 20-an kot..
yg abg mmg murah dgn senyuman, yg adik muka kelat gilerr..
macam jual kat situ sebab terpaksa.. ahaha

last week, satu minggu gerai dia tutup..
kami ni pelik lah kan..
ngape tutup pulak, sedangkan kuih dia hari2 habis..

semalam, sepupu aku ni pergi bazar tu..
then tgk gerai dia buka..
dgn penuh prihatin sepupu aku tnya, kenapa tutup kedai lama sangat..
laki tu macam pelik, dia cakap "dia bukak jerk gerai, cma tutp hari sabtu and ahad last week..'
then ada sorang lagi pembeli pun tanya soalan yg sama..

jadi apakah maknanya?!!
bulan2 puasa pun masih nk berhasad dengki..
tak faham aku..
cb ko buat kuih sedap2, confirm org datang beli..
ko takde , mesti orang cari..
ni kuih rasa 'tipu' sangat, pahtu bila gerai lain lebih laku, ko dengki..

rezeki setiap orang ni, Allah dah tentukan..
jadi buanglah hasad..
bulan yg mulia ini, kena tingkatkan amalan2 yg baik bukan kekalkan amalan yang songsang..



akhir kata , aku beli bunga baru utk bilik aku.. hahhaa
bukan aku yang bayar..

love it..




end






Azyyati Kamaruddin

Friday, August 5, 2011

Contest : Hadiah Raya..!

ini bukti sy dh follow blog kak sepet..:)



saya mahu menang kerana sy sangat berminat dgn hadiah no dua tu..owhh kak sepet yg cantek jelita, tlg bg sy adiah no 2 tu.. hahahaha.. sy nk bergaya dgn beg baru ito..haha
sy tak tahu nk cakap ape lg, so korang yg baca, SILA lah tlg tekan LIKE kat bawah tu ek..pleasee.. jasa anda amatlah diHARGAI.. tolong menolong kan amalan mulia di bulan ramadan ni..

tolong tekan fb like kat bawah tu ek.. :)
tekan yg sy bulat kan tu ek korang..





ok entry contest ito : Contest : Hadiah raya..!





p/s : kak sepet yg cantek lg menawan serta cun, sila bg sy menang no 2 ek.. :)



Azyyati Kamaruddin