Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Saturday, February 26, 2011

hana tajima

HANA TAJIMA..
sape H.a.n.a T.a.j.i.m.a ni?
ek eleh, lapuk r u all if tak kenal dia..
heheh

aku dh lama kot nk buat entry sal dia tp slalo jerk mcm tak sempat..
kali ni, sempat or tak, nk buat jgk..

dia ni cantik kn..
dia ni Pereka fesyen..
dia dh 6 tahun masuk islam..
dia ni cantek sgt..
suka tgk stail dia pkai selendang..
hana ajar i pakai selendang..



:)

aku jealous dgn yuna sbb dia kawan baik hana..
yuna, introduce lah i kat hana..nak balaj pakai tudung dgn dia jgk..heheh
lelaki-lelaki sekalian, maaf Hana Tajima*klik cni if nk g website hana sudah pun berkahwin..
kuang3..




eh korang, cm ne ek kalau kita tanak buat org sakit hati?
kita kawan dgn dia ikhlas, bukan sebab dendam tp mmg betol2 nak kawan..
tp aku takot ade ayat2 aku yg buat dia terasa..
aku ni ckp kadang2 tak berlapik..

kepada awak : hey, kita kwn dgn awk, bkn sbb 'dia' ek..kita mmg betol2 anggap awk kawan..kita tak dendam pun dgn awk..kita sma2 gurl, tayah lah dendam sbb perkara remeh..kita kn ladies yg kuat..hehe.. boleh kita kawan sampai bila2? ececececehhhh...

dh lah weh, aku mau tdo..
nk mimpi jadi Hana..
auuuwww... *sila lempang sy..haha
zzzzzzzzzz













tulisan hati
:
Azyyati Kamaruddin

Friday, February 25, 2011

Terpaksa melangkah




Seandainya kejujuran ini
tiada lagi tertera dihati
kurela undur diri
di kemuncak impian
yang kugenggami

Takku sangka gerimis melanda
ketika kita hangatnya merindu
bagaikan tiada duka yang datang
namun kelopak berderai

Bukan simpati yang aku pintakan
cuma ketulusan di hati mu
bukan alasan yang mesti kau lafazkan
untuk menegakkan cinta
seolah sengaja
kau persendakan kasihku

Biarku derita, biarpun sengsara
asalkan tiada kekesalan
meskipun ku cinta sepenuh hatiku
namun tak berupaya didustai oleh bibir
yang berpura

Seandainya kejujuran ini
tiada lagi tertera dihati
terpaksaku melangkah
walau hatiku kan terluka




.....*sigh





Azyyati Kamaruddin

bila warden mengamuk


Assalamualaikum..

Sometime kan duk ostel ni sgt BOSAN tp sometime FUN!! Bosan sbb kna ikut rules such as taleh balik lewat, taleh kuar mlm, taleh buat itu, taleh buat ini… arghhhh byk sgt rules.. tp duk ostel ade baik nya jgk..keselamtan lebih terjaga, kita kureng skit ber‘sosial’, duit jimat n banyak lah lg..

As usual mlm aku g class muet..Kol 10 bru abis..Balik blok , tgk2 ramai sgt duk berkumpul depan koridor..Pahtu tgk dkt level 2 ada warden, warden aku laki ek tp ade sorng warden perempuan teman dia..

Warden laki tu duk bwk tongkat stu then campak barang2 yg ada kat luar bilik ke luar pagar asrama.. ke kwsn lapang yg area dekat dgn hutan..

ni pic yg sempat membe aku snap..yg putih2 tu brg yg dibuang..


Dia dh pesan byk kali, dekat luar bilik hanya boleh letak kasut 2 pasang kasut n selipar 2 pasang..other’s than that, tak boleh letak!!

Bdk2 ni degil, so dia saje buat spot-check.. Lawak tau..klau korang tgk, pasti gelak2..Aku duk level 3..Dia duk kat hujung blok sambil campak barang, yg student ni duk rayu2 jgn campak..

“En jgn En, tu sy punya..”

“Ni ko punya?” makin jauh dia campak..sambil muka senyum mengejek..

En warden aku tu mmg suke buat hal tp ape yg dia buat tu betol lah..berpandukan rules..Cuma dia suke menyakat tp bukan menyakat cara gatal ek..hahaha

Aku duk tgk dr atas jerk sbb tade brg aku yg dicampak..En warden tu duk bawah, pahtu dia pandang atas..

“Eh ramai nya penonton, ade barang ko er kat luar tu?”

“adalah En..”

“turun lah amik..”

“nk amik mcm mana En?”

“Lalu lah ikot pagar luar tu, pagar luar tu kol 11 bru tutup..”

“bahaya lah En, gelap..”

“tu masalah ko lah..ko nk, ko g amik..”

ni lah cth pelan..aku dh mls nk lukis beria..

Then nak balik...

“En terima kasih ek..jasa mu dikenang..”

“kenang sampai mati tau..hahhhaa”

“ye En..”

Hahahhaha

Lawak btollah..


p/s : entry pada 23 feb 2011 tp bru siap tulis n blh post mlm ni...:(



Azyyati Kamaruddin



Friday, February 18, 2011

Cup Of Coffee!!

life is like a cup of coffee..
If u noticed,
all the nice looking expensive cups have been taken up,
leaving behind the plain and cheap ones...
While it is normal for u to want only the best for yourself,
that is the source of ur problems and stress..
Be assured that the cup adds no quality to the coffee..
What all of you really wanted was coffee,
NOT THE CUP..

But u consciously went for the best cups and then u began eyeing each others cups to see who had the best one..

Now consider this..
life is the coffee,
the jobs, money and position in society are the cups..
they are just tools to hold and contain life..
and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live..

Sometimes,
by concentrating only on the cup,
we fail to enjoy the coffee..
savor the coffee,
not the cups!!

The happiest people don't have the best of everything..
They just make the best of everything..
Live simply..
Speak kindly..
care deeply..
love generously..


Azyyati Kamaruddin

Monday, February 14, 2011

melangkah pergi

“terlampau sering kau buang airmata ku..
Tak pernah kau tahu dalam nya rasa cintaku..
Tak banyak inginku, jangan kau ulangi
menyakiti aku sesuka kelakuanmumu,
ku bukan manusia yang tidak berfikir,
berulang kali, kau lakukan itu padaku..
jika cinta dia, jujur lah padaku..
tinggalkan aku disini tanpa senyuman mu..
jika cinta dia, ku cuba mengerti..
teramat sering kau membuat patah hatiku..
Kau datang padanya, tak pernah ku tahu..
Kau tinggalkan aku, disaat ku butuhkan mu..
Cinta tak begini, selama ku tahu..
Tetapi ku lemah kerna cintaku padamu..
jika cinta dia, jujur lah padaku..
tinggalkan aku disini tanpa senyuman mu..
jika cinta dia, ku cuba mengerti..
mungkin kau bukan cinta sejati di hidup ku…
jika cinta dia, ku cuba mengertiii…..”


sebagai manusia biasa kan, sesetengah perkara yang kita rasa kita boleh sabar..kita mampu bertahan..kita akan cb bertahan..kita akan cuba sabar..kita pekak kan telinga, kita butakan mata..kita ignore reality kat depan mata..kita keraskan hati, anggap semuanya baik..semuakan akan okey satu hari nanti..

Tp kesabaran seseorang itu pun, ada tahap nya kan..Bila dh sampai tahap yg kita tak mampu bertahan dan tak mampu untuk bersabar..Sampai bila kita nk butakan mata dengan kenyataan depan mata?? kenyataan yg memang tak berpihak langsung pada kita..Sampai bila kita nk keraskan hati dengan sikap dan layanan dia kat kita..Sampai bila kita nak pekak kan telinga dengan setiap patah perkataan yg menyatakan hakikat sebenar situasi itu..

Sampai satu tahap, kita dah tak mampu nak menangis sbb terlalu sakit..Sampai satu tahap, kita dh tak larat nk layan perasaan kita sendiri..Akhirnya kita beralah..
Kita perlu lepaskan sesuatu yg kita sayang..Kita fikir dia nampak pengorbanan kita..Kita fikir dia nampak betapa dalam nya kita sayang dia..Kita fikir dia sayang kita sebagaimana kita sayang dia..Kita impi untuk hidup bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat..Kita ikrar dalam hati, dia cinta kita yang terakhir..
Tapi
Kita salah..Kita salah menduga sikapnya,kita salah mentafsir perasaannya..kita tidak punyai apa-apa makna dalam hidup dia..kita seperti sebuah boneka yang diperlukan ketika dia memerlukan sesuatu disaat bosan dan akan dicampak bila tidak lagi memerlukan kita..

Akhirnya, dengan rela kita melepaskan dia pergi..RELA bukan PAKSA..Ada seorang lecturer sy cakap, bila nak buat sesuatu biar kita ikhlas dan kita benar2 rela untuk melakukannya..Melepaskan dia pergi bukan bermakna kita tidak sayang kan dia tapi sbb sayang lah kita lepaskan..Kita tak mahu dia terus rasa serba salah dan menyusahkan dia lagi..





Azyyati Kamaruddin

Saturday, February 12, 2011

persimpangan

Ya Allah,
aku mohon pilihan yang terbaik daripadaMu menurut ilmuMu.
Aku juga mohon takdir yang terbaik menurut takdirMu.
Aku mohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya Engkau sahaja yang mentakdirkan bukan aku yang mentakdirkan.
Hanya Engkau sahaja yang tahu dan aku yang tidak tahu.
Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib.

Ya Allah,
jika Engkau tahu perkara ini baik untukku,
untuk agamaku,
untuk hidupku dan untuk matiku,
atau untuk urusanku dunia dan di akhirat,
takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku,
kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.
Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untukku,
untuk agamaku,
untuk hidupku dan matiku,
atau untuk urusan dunia dan akhiratku,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah aku redha dengannya..


Amin...

p/s : doa istikharah.. aku berserah segala-galanya kepadamu Ya Allah..



Azyyati Kamaruddin


Friday, February 11, 2011

diari Sang Pungguk

di malam yang sunyi..
sang bulan memancarkan cahaya nya suram..
sang pungguk duduk disitu memerhatikan bulan..
mendengar unggas-unggas menyanyi riang..
mendengar anjing menyalak takot..

pungguk masih disitu..
berdiam diri memerhatikan bulan..
mengharap bulan juga turut sama menyedari kehadirannya dan memerhatikannya..
pungguk memandang langit..
kelam..
sekelam jiwanya..
airmatanya menitis...
cinta nya dipermainkan..
kesetiaan nya di persendakan..

kata putus yang diharapkan dari sang bulan masih belum diucapkan..
pungguk sedia menanti..
sang bulan masih tidak membuat keputusan..
masih begitu..masih membisu dari berkata-kata tentang itu..
pungguk masih berkawan seperti biasa..
kata sang bulan "dia keliru.."
pungguk berdiam diri, masih memberi dia masa..
ambillah masa wahai sang bulan ku..aku sedia menantimu disini..

tiktiktik
pungguk mengesat titisan airmatanya..*sigh
"mudah benar airmataku menitis skrg...lemahnya aku sekarang.. sudah berminggu tp rsnya bagai semalam semuanya berlaku.." kata pungguk sendirian..
setiap saat setiap minit tak pernah pungguk lupakan sang bulan..
adakah sang bulan turut merasakannya?!
adakah sang bulan turut sama merasai derita ini..

pungguk merenung sang bulan lagi..
teringat kembali detik2 bahagia dulu..
tiada rahsia antara mereka..
impi mahligai indah bersama..
rupanya semuanya hanya mimpi, mimpi di siang hari.. *sigh
sang pungguk mengesat lagi titisan jernih itu..

sang bulan, lihatlah aku disini..
aku menanti mu dgn setia..
mengapa tidak dipancarkan cahaya mu itu kepada ku..
walau suram, tidak ku hiraukan..
asalkan cahaya itu datang darimu..
ketahuilah wahai sang bulan ku,
aku merindui mu..
walau tiap hari kita berhubung tp aku masih merindui..:(




diari : Sang Pungguk!!





Azyyati Kamaruddin

Thursday, February 10, 2011

terkaku terkedu terkesima terasa

title yg agak panjang!! yup, sy mmg benar2 terasa!! T.E.R.A.S.A!! baca betol2 yerk kawan2..
so mls nk cite sal tu, naty menambahkan sakit dihati..
just forget about it..


eh dulu2 kn bila cikgu tanya :

"awk, apa cita2 awk.."
"sy nk jadi cikgu, cikgu.."

jawab dengan begitu yakin..
ni masa sekolah rendah dalam darjah 1, 2, 3..
syokk lah, hari-hari main cikgu2 kat rumah..
ma aku beli papan hitam n kapur, uishh tak syokk..
kecik sgt, habis cermin kat almari aku conteng dgn kapur..
silap2 almari skali kena conteng..
murid2 aku semua halimunan..
macam mana cikgu mengajar kat sekolah, macam tu lah aku buat..
biasa nya aku main dgn sepupu aku, Cik Eyra..
Cik Eyra yang baju merahh..
ni semua sepupu2 aku..umo kami hampir2 sebaya..


lepas tu, bila masuk darjah 6..
cita2 makin bertambah..
bila cikgu tnya :

"bila besar, awk nk jadi ape?"
"sy nk jadi Polis, wartawan hiburan dan cikgu, cikgu.."

mak aii, banyak lah pulak..
ape ko ingat badan ko boleh kerat2 er azyyati oii..
ni semua pengaruh cerita gerak khas the movie..*eh ye er tajuk tu, aku agak jerk..dh ingat2 lupe..
aku nk jadi polis macam Abby..mmg time tu, abby polis yg terbaek r dlm kepala aku..
then nk jadi wartawan hiburan mcm normala syamsudin..
aku suke keje2 yg mencabar, pahtu suka terjah2 mcm Nas Ahmad tu..
yeahhh jom kita terjahh..
aku kalau nk tahu something tu, sampai ke lubang semut akan aku terjah..
sehingga hari ni, mmg semua perkara or orang or ape2 lah maklumat yg aku nk cari, aku dpt cuma lambat dan cepat jerk.. hahaha
aku suka menyiasat..
sape nk amik sy jadi penyisat persendirian? sila email sy ek..haha

*gambar sekadar hiasan.hahha


masok sekolah menengah, cita berubah lagi..haha
masa form 1,2,3 aku mmg suka melukis n cita2 aku nk jadi pelukis dan cita2 ini ditentang hebat oleh keluarga ku..*ceh poyooo...
aku ada banyak giler drawing block dan sampai skrg aku masih simpan hasil2 lukisan aku..
kalau dulu, time pendidikan seni aku paling suka..
exam seni, sume A.. HEBAT kan saya..hahahaha

then bila masok form 4, aku nk amik seni tp tak bisa sbb aku dh masok skola teknik, musnah impian nk jadi pelukis.. :( bencibencibenci!!
then cita bertukar, nk jadi arkitek pulak..
haha, mcm sengal kn..
pendirian tak tetap..
aku amik kat teknik PKA (pengajian kejuruteraan awm)
aku mmg stock benci glerr r subjek awam ni..
nk kena blaja sal sistem kumbahan, pasal kira2 rasuk, pasal tanah, ukur, pahtu add math lg, kimia lg, fizikk....tension tension!!
hey aku TAK SUKA.. dh r kena buat tgh panas...
aku study, hanya untuk lulus di spm saja..hahaha
nampak sgt malasnya kn..

habis spm, mohon U dgn poly..
poly aku mohon cos seni bina..
skali dpt cos KA @ KEJURUTERAAN AWAM..
omg, aku mmg dh nk nages time tu..
tak suka, aku dh pening blaja awam tp tak kan aku nk duk umah kn..
family pun suh g jerk..
aku dgn berat hati, pergi lah merantau sampai ke kedah..
dan aku bernasib baik sbb Allah bukak kan pintu hati aku utk fall in love dgn KA ni..
aku study n aku faham, mmg susah..
kadang2 rs nk nangis tp aku tak give up dan alhamdulillah pointer aku ms sijil dlu ok..
dan skrg aku tgh amik diploma KA..
jadi sekarang cita2 aku dan berubah n akan kekal kot..
aku nk jadi seorang engineer ..
hahhaha..
cita-cita perlu tinggi derr..




i love them..

tak pernah bermimpi pun nak jadi sebahagian dari 'family' KA ni..
kadang2 ape yg tak pernah kita impikan, itulah yg akan terjadi kn..


eh okeah lah u all, aku dh pening lalat dh ni..ngantok nk tito..
dh puas merepek, bru rasa ngantok...hahahha
nite all..:)


p/s : kawan sy suruh lupa, kalau sy ada kuasa, sy TAK NAK jatuh cinta.. cik kawan, lupa tak mudah ok..








Azyyati Kamaruddin


Thursday, February 3, 2011

i miss you

assalamualaikum...
sesiapa yg follow sy tu, naty ada kelapangan sy follow korang ek..
sesiapa yg singgah tu, rsnya sy dh balas kunjungan korang..
blog korang semua nice, cerita menarik..
tak mcm blog sy, hampehh!!

ni sy nk cite kisah ari selasa malam..
ewahh, lama kot peram cite ni..
dh masak ranum dh ni..hehe

ari selasa malam, sy dan dua lg 'bdk lawook' ni kuar bandar..
Mr PR n Kak Ude..

cari barang untuk photoshoot Mr PR nie..
cari2, tetibe tgk dekat The Store..
eh, eh baju ni cantek..
ape 50% sales..
murahh wehh..
so dgn sopan nya sy ambil sehelai baju Diesel n 2 helai t-shirt Disney..
shukew2...

kuar dr The Store, pahtu Mr PR ni nk g bundle..
dekat depan Kuantan Parade.. siapa duk kuantan , tau kot bundle nie..
besau lah jgk, baju laki jerk byk dan pelanggannya ramai lelaki..
1st time sy masok bundle tu..
5 helai baju RM10..
Mr AR , sambar 5 helai tros tuk photoshoot naty.. ahakkk

jam manunjukkan pkol 10 malam..
perut sgt lapar..
dgn rakusnya, kak uda memandu ke Simple Benteng..
lama gilerr tak melepak kat sini..

time skola dlu, selalu sgt melepas smbil gelak2 kat sini.. *windu detik itu..
makan nasi lemak ayam, rasa masih sama..
ramai jgk org time tu..

then balik, sampai kat Shell Bkt Setongkol, kereta break down..
adehh, dia tamo start..
percubaan nk buat2 pandai tp satu hape pun tak tahu..hahha

kesengalan di situ

cb meraih simpati..

dh tak sabo dh nk nunggu..haha


call abg kak uda dtg repair..
then kol 12 lebih bru balik umah..
penat tp hepy sbb dpt shopping..
:)

i've never felt this way before, everything that i do reminds me of u..
when u walk away i count the steps that u take..
do u see how much i need u right now?
i miss u...:(
sy kena terima hakikat, dia bukan milik sy..
sy kena faham, sy tak mungkin akan dpt dia semula..
owhh rasa lain sgt hidup tanpa dia..
yes kami masih kawan tp berbeza sbb dh tak serapat dlu..
sy rasa ada sesuatu yg hilang dlm hidup sy..
i tried to replace you with everything but nothing seemed to fit...
i want to, but i can't replace you.. this emptiness is all you've left me with..
sy dh tak ada tmpt nk share semua epy n sad moment dlm hidup sy..
kalau dlu, semua sy cite kat dia..
sy rs lega sgt tp skrg semua sy pendam..
:'(
andai dpt, ku undurkan putaran dunia!!
did you know that you're the last one i think about before i fall asleep?
i bet you didn't know that your name is the first name that pops into my mind whenever i get a phone call or msj...
i bet you don't know how much i missed you..
you told me i shouldn't waste my tears over an ordinary guy...
i whispered back, your not ordinary, your extraordinary..

i miss us...i miss how we used to be...
how we used to talk, smile, laugh...
how we used to be real friends,who could trust each other with everything..
what happened to all that?

and now i realize that in life, there are things that you don't want to happen but you have to accept. ..
there are things that you don't want to know but you have to learn..
and there are people you can't live without, but you have to let go..
:((

semoga Allah kuatkan sy.. tak pernah henti sy doa mohon petunjuk.. setiap hari jgk ingatan sy kat dia makin kuat.. makin sy nk lari, makin kuat dia dtg.. i surrender , u won babe.. u won!!




Azyyati Kamaruddin

Wednesday, February 2, 2011

ape tunggu lagi..


hey korang..
korang tahu apa itu ChurpChurp?
heheh
korang sume mesti dh tahu kn, ntah2 lebih arif n hebat lg dari sy..

kepada sesiapa yg belum register ChurpChurp , meh register..
tak rugii oooo..
tapi korang kena rajin ber'camping' lah..
bru masyukkk..
sy ni pemalas tegar, ni baru berusaha nk jadi rajin..
sbb tu income pun slow..huahuahua..

senang jerk nk register..
ikot jerk ape yg dia suruh n tulis jerk detail korang..


jom2 register..
click sini -------> Register ChurpChurp





Azyyati Kamaruddin

Tuesday, February 1, 2011

ingin sekali aku...

Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu...

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu...





Azyyati Kamaruddin