Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Monday, June 20, 2011

sesuatu yang tak disangka

assalamualaikum...

sesuatu yang tak disangka, sering kali mendatangi kita..
kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya..
Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk hambanya..

2011
tahun yang paling banyak dugaan dan menguji keimanan..
tahun yang mengajar aku erti kesabaran, kegembiraan, kemaafan dan kemanisan dalam keredhaan...


di awal-awal tahun, kegembiraan dan kebahagiaan memenuhi ruang hati..
terasa hidup di awang-awangan..
terasa seperti sentiasa berada di taman bunga bersama-sama dgn bunyi kicauan burung-burung dan pelangi di langit biru..
aku seperti tidak mahu, waktu bergerak walau sedetik kerana takut akan kehilangan detik manis ini..


kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tgh hari..
kebahagiaan itu, tak mampu bertahan lama..
setelah semuanya berakhir, hampir 4 bulan aku ditemani air mata..
akhirnya aku redha..
walaupun rasa syg itu masih utuh disitu, walau rasa kasih itu tidak pernah berubah hingga kini tapi aku cb positifkan hati dan fikiran..
cuba yakin pada ketentuan Allah..
kalau dia untuk ku, pasti dia akan kembali juga nanti..
aku tetap juga melihatnya,cuma kini penglihatan ku terbatas..
hanya dari jauh namun doa ku sentiasa mengiringinya..


baru sebulan aku cuba positif kan minda..
satu lagi dugaan Allah berikan..
Dugaan yg lagi besar dari yang sebelum ini..
aku kehilangan sepupu ku..
sepupu yang dah aku anggap seperti adik aku sendiri..
membesar, bermain, bergaduhh semuanya bersama..
kini satu persatu kenangan itu muncul..
hingga ke saat ini, aku masih tak percaya yg dia telah ke alam lain..
alam yang kekal abadi..
aku tidak lagi dapat melihat, mendengar setiap celoteh dan gelagat lucu dia..
hanya doa yang menjadi penghubung antara kami..
semoga Allah mendengar setiap rintihan hati aku..
betepa aku rindukan dia..
sesunggunya aku redha dia atas pemergian dia tp aku perlukan masa utk kembalikan semula semangat yg hilang.. :(



aku berharap Allah aturkan sesuatu yang baik untuk aku dan keluarga di akhirnya nanti...
Nor Muhamad Azam bin Ab Rahman (1993-2011 ) Al Fatihah..





p/s : T_T.. yang pergi tak mungkin BERGANTI...






Azyyati Kamaruddin

No comments: