Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Friday, December 30, 2011

keindahan ciptaan ALLAH

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
... 1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini
101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
 
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
 
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
 
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
 
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
 
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
 
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
 
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.
 
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
 
atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% ♥
 
 
 
indah kan.. :)
Lots of love
Azyyati Kamaruddin

Thursday, December 29, 2011

diari biwuuu..


Assalamualaikum..
hai cowok-cowok kacak dan cewek-cewek cun sekalian..
ptg td aku tak tahu nk buat ape..
buka tv , mengharap ada lah cerita MERLIN, ulangan yang season 2 punya tp tiada.. 
tekan channel A cerita indon.. tukar channel B eh indon jgk.. lastly tekan channel off, ha bru nmpk muke aku kat skrin tu.. hohoho
aku ddk2 lah melepak, melayan perasaan sebenarnya.. tetibe melintas lah wajah yg sedang hangat diperkatakan oleh penduduk2 hati hamba...
niat di hati nk update dkt blog tentang mamat tu tp mcm eh malu lah.. ahha
tukar niat, update dkt diari..
bermulalah episode mencari diari..

tadaaaa ini lah Diari Biwuu ku..


disebabkan diari ni dh penuh jd aku batalkan niat utk tulis dlm diari ni..
diari ni dilahirkan pada tahun 2006..
yeahh ni diari aku masa form 4.. 

masa form 4 dh gatal tulis diari.. apakah?!! 
ape korang ingat aku tulis kisah chintan chintun jerk ke?!
mcm-mcm hal ade..
kisah aku marahkan ustazah aku lah.. *tumpang lalu ustazah..
bila bc semula, lawak sangat..
bila bc diari ni bru lah teringat kisah-kisah zaman sekolah dulu..
time ade bdk nakal ni nk ngorat-ngorat..nama dia Mr A.. hari-hari dtg dkt pintu belakang class aku..
ok meluat giler tgk muka dia..dia tak lah hodoh tp sbb aku benci dia so automatik jd meluat.. rasa nk pijak-pijak biar lunyai.. masa tu mmg marah lah dgn dia, suke malukan aku, pahtu tahan-tahan aku tgh jalan, dia ingat aku takot lah tu.. pirahhh.. *skrg brani lah ckp mcm tu.. haha
TAPI skrg bila ingat semula, ololo sweet pulak.
then masuk sekolah teknik, masa tu form 4 dgn Mr J pulak.. ni semua membe aku punya pasal.. pandai-pandai nk adjust Mr J tu dgn aku.. hari-hari time rehat jerk rs mcm nk pitam, adelah menempel muka Mr J tu kat class aku.. aku mmg tak layan, siap msj kat Mr J tu jgn dtg class aku dh.. dia mcm terasa lah kot.. tetibe hujung tahun form 4 tu, dia couple dgn membe aku..
lawak ok..


diari biwu saya warna-warni..
siapakah pemilik gambar itu.. haha
bukan Mr A dan bukan jgk Mr J tu ek..
itu kisah chenta monyet, kera, org hutan, big foot.. hahaha
cerita dia, i will story later..
Diari Biwu ni, kisah dari tahun 2006 - 2008..
tahun lepas aku baca semula diari ni pahtu tgn aku gatal nk comment smula ape yang aku tulis..
maka nya , setiap post dlm diari aku tu akan ada comment mcm pic kat bawah ni..
nmpk tak kertas kuning tu? ha tu lah comment nya..
L.A.W.A.K..!!
walaupun ianya lawak dan sgt-sgt membuatkan perotku ingin pecah tetapi ianya jujur dan ikhlas dari hati..
setiap tulisan yg tercatat adalah tulisan hati aku..
tiada yang makna tersirat.. semuanya jelas..
itu sebabnya aku suka tulis diari dulu, bila dh kenal blog, aku terus lupakan diari..
blog ni best tapi tak semua kita blh luahkan..
masih ada hati yang perlu kita jaga, masih ada rahsia yang perlu disimpan kekal sebagai rahsia..
bila nk tulis kena guna hati dan akal..
tapi dalam diari, mmg tulis guna hati jerk.. hahaha


aku berhenti di sini dulu..
ada masa kita ketemu lg..

sdh lama gilerr aku tak snap pic yg koya sorang-sorang mcm ini..
so hari tu nk keluar, tunggu sepupu aku lama sgt...
jadi ini lah salah satu hasilnya..
Cik Blog
sila abaikan background.. bilik aku mmg dipenuhi dgn buku-buku..





Lots of love
Azyyati Kamaruddin

Saturday, December 24, 2011

dia dh kahwin.. aku??


eh eh awak, yelah awk lah yg mata sepet2 sikit tu, pahtu bdn ala-ala Muslim harimau muda tu.. tayah lah pandang org lain.. sy tunjuk awk ni.. ehem ehem, awk ni hemsenggg*handsome* lah.. jom couple...*PITAM*

STOP IT yerk Azyyati Kamaruddin..

Assalamualaikum..
ouchh tetibe sakit pinggang. rasa mcm nk cabut pinggang ni letak tepi jap.. pahtu bila dh tak sakit, baru pasang smula.. ewah ewah ko ingat ko robot ke blh main cabut-cabut.. betullah pinggang ni sakit sakit.. asal Abc jerk mesti mcm ni, bila mcm ni jerk mesti Abc.. *ape yg aku merapu ni*

Sebenarnya aku bukan nk cerita pasal sakit pinggang or Abc tu semua.. tersalah tulis plak, biasa lah mood Abc mmg berubah-ubah kan.. aku ade terbaca dekat terfaktab td "Wajarkah ke majlis perkahwinan bekas kekasih?"  cha-chingcha-ching*sound effect tak tahan*  terus terlayar satu persatu wajah-wajah yang pernah menjadi kesygan hamba.. ewahh macam banyak jerk kan, padahal baru sepuloh org.. sebenarnya yang betul-betul suka dlm 3 org jerk, yg lagi 7 tu aku syok sendiri..huahuahua ok itu tipu.. 

Cuba kalau org tnya soalan mcm ni dulu.. memang jawapan aku TAK WAJAR.. masa aku berchenta chintu bagai nk pitam dlu , aku pernah terfikir lah "mcm mana kalau dia kahwin dgn org lain? aku macam mana?" siap nangis-nangis ko tiap kali fikir...*over kan aku*  Biasalah ms tu kan hanya dia seorang yg bertakhta di hati.. TAPI oleh sbb skrg sy single*eh perlu ke ko nk tulis ko single?pangg skali kat pipi sendiri* dan dari pengalaman aku yang tak berapa nk banyak ni, aku rasa adalah WAJAR untuk aku pergi..

1st sebab dia dh jemput.. mak aku pesan, kalau orang jemput ke kenduri kita kena pergi kecuali kalau memang ada sebab yang tak boleh elak untuk pergi , ha barulah tak payah pergi.. eh korang faham tak ayat aku? kalau tak faham, buat-buat jelah faham.. ape-ape pun kalau dia jemput lah kan.. kalau dia tak jemput memang aku confirm tak pergi pahtu aku ddk dlm bilik sambil tumbuk-tumbuk muka Mokgu.. *apakah??*

Lagipun masing-masing dh ada kehidupan sendiri.. kenangan-kenangan dulu tu simpan jelah dekat dlm peti pesi dlm stor.. naty bila nk cerita kisah cinta kat cucu-cucu, ha baru buka stor smula..haha   Biarkan  lah dia kahwin dgn org lain, kalau dia tak kahwin dgn perempuan tu pun, dia bukan nya akan kahwin dgn ko pun.. dh memang tak ada jodoh kan.. Redha jerk.. kalau Redha kena lah Ikhlas, kalau pasrah kena menyerah...*Ombak Rindu*

Sebab utama aku nk pergi majlis kahwin bekas/tupperware/botol/kuali kekasih aku adalah kerana aku ingin melihat siapakah perempuan yang berani-berani merampas takhta ku itu.. Ok itu bohong sangat-sangat.. aku nk tgk lah isteri dia.. manalah tahu aku kenal kan.. lagi pun aku memang suka tgk orang kahwin ni.. nmpk berseri-seri jerk.. Sebenarnya*apesalah aku suka sgt dgn perkataan sebenarnya ni* bagi aku lah kan, kisah  tu semua dh lepas.. jadi kita tutup buku lama , bukak buku baru.. aku memang dh tak berperasan lebih dari seorang kawan dh dgn mereka-mereka semua.. maka dgn itu adalah menjadi sesuatu yg tidak susah untuk aku ke majlis diaorg.. 

Yang berlalu biarkan ia terus berlalu kan... Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku.. aku belajar memaafkan semua orang yang pernah menyakiti aku. dan aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang.. siapa orang yang aku sayang? ha yang tu kita tahu.. hahaha

aku nk upload pic tp tak tahu kenapa blogspot tak bg aku upload pic dkt folder ni.. kalau dari URL blh jerk.. naty esk lah aku tambh pic kat entry ni.. hohoho "Selamat bercotii u all.."



p/s : sy suke lelaki mata sepet.. pangggg skali lagi kat pipi.. k bye...






lots of love
Azyyati Kamaruddin

Tuesday, December 20, 2011

Setiap kebetulan adalah suratan dari ALLAH


Assalamualaikum...

Bila kita rasa kita dekat dgn ALLAH S.W.T?
ia adalah masa kita diuji oleh allah
Banyak orang tak tahu makna nya tawakal kepada Allah melainkan apabila dia di uji oleh Allah...
Banyak org tak tahu makna nya khusyuk dlm ibadah melainkan apabila dia di uji oleh Allah..
Banyak org tak tahu makna manisnya menangis di depan Allah melainkan apabila dia bgn di tengah malam apabila dia diuji oleh Allah..
Kebanyak ujian yang kita rasa buruk untuk kita, sebenarnya dia membawa kita dekat kepada Allah..
Kita hanyalah insan yang berjalan dan akan terus berjalan menuju ke hari Akhirat..

Nikmat berhubung dgn Allah, nikmat berdoa, nikmat sujud bila kita di uji oleh Allah..
sbb itu kadang kala manusia yang tidak di uji ini, ego..
Ali Zainal Abidin berkata : 
"Wahai Tuhan, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya..Dan jangan kau serahkan diriku ini kepada orang lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku.. "

Serahkan lah seluruh urusan kita kepada Allah.. 
Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan, semuanya di susun atur bersama hikmah Allah..
Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah satu nikmat yang tidak dpt difahamkan kpd orang melainkan yang merasainya sendiri...

Allah menguji kita kerana DIA sayang kan kita..
Allah uji kita dgn ujian yang kecil tp dgn kerunsingan yang besar..
tujuan DIA supaya kita kembali kepada DIA..
ada manusia apabila runsing, akan jadi gila..

Kembalilah kepada Allah..
Azyyati Kamaruddin


Sunday, December 11, 2011

Final Result!!





Akhirnya aku TAMAT juga diploma.. 
TAMAT dlm erti kata yg sebenar..
yeahh result dh keluar hari smlm..
aku ke MELAKA 2 hari 1 mlm.. 
cerita Melaka akan di update later ye..
so ak sampai kuantan pukul 6..
relax-relax dlu then mlm tu bru check..
ini lah keputusannya :

masa nk tgk ni mmg berdebar lah..
Alhamdulillah aku lulus semua..
walaupun tak dapat Anugerah Ketua Jabatan tp aku bersyukur sgt sbb pointer aku masih membolehkan aku untuk sambung Degree.. itu yg penting..!! :)
now dh blh fikir plan masa depan..
so skrg plan aku : 
a) nk cari kerja..
b) nk mohon untuk sambung study..*klau ade rezeki..


kepada anda-anda yang result gempaq, sekalung TAHNIAH.. korang memang HEBAT dan yang mana ada paper yang tak lulus, takpe USAHA lg.. mungkin ini yg TERBAIK Allah dh tentukan untuk korang.. jgn KECEWA, PUTUS HARAPAN.. percaya lah, Allah tahu ape yg terbaik untuk korang. berusahlah lagi.. aku sentiasa doakan korang BERJAYA..nanti boleh sambung study sama-sama kan.. :)





p/s : aku tak sehat lah.. rs nk demam.. huhuhuh..semuanya berpunca dari bengkak kat leher ni.. pahtu ade mcm biji tumbuh hujung dlm mulut dkt pipi..sakit sgt.. huhuhuhu :(


Thursday, December 8, 2011

GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY



Hari ni aku bangun pagi dan rajin untuk buka laptop.. 
bila dh buka, on FB n blog..
disebabkan dh lama tak buat blog walking so ade baiknya berjalan di pagi-pagi hari ini.. bagus utk kesihatan kan.. =)

Sambil berjalan-jalan tetibe ternampak contest dari GEYLANG-SHOP ni..

nk tunjuk picture ni dulu
GORGEOUS kan..


Kenapa anda suka kain dan nak Kain Cotton Polka Dots ini..
kerana aku memang suke sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt dgn kain cotton..  ha korang tgk brape byk 'sgt' aku tulis.. itu tandanya mmg aku fall in love lah dgn kain cotton, nak2 COTTON POLKA DOTS mcm ni..
COTTON POLKA DOTS ni nampak mcm sweet jerk kalau pakai kan..walaupun hakikatnya ko tak brape nk sweet tp bila pkai nampak mcm lain..
kain cotton ni simple dan sesuai untuk semua majlis..
paling penting pakai cotton , sgt selesa..plus kalau cotton itu, adelah COTTON POLKA DOTS.. hihihi
satu lagi, bila pkai COTTON POLKA DOTS ini, rasa mcm kembali ke zaman lampau..
zaman dolu2..
terasa mcm anak dara pingitan yang tutup muke sambil malu2 ddk tepi tangga rumahh sambil diusha oleh seorang jejaka kacak..*apakah?!! ahhaha
so i wanna it..
aku nk COTTON POLKA DOT ini.. 
confirm akan termimpi-mimpi kain cotton yg gorgeous ini!!

MAKA, if korang berminat untuk join sila tekan link ini ---> GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY


Contest ini sangat mudah.. semudah ABC.. jadi korang cuba lah, mana lah tahu ade nasib korang kan.. =)




p/s : aku nk kain cotton polka dots ituu.. 







XoXo
Azyyati Kamaruddin

budak pa'an

10 a.m

alif  :  Ochu, Ochuuuu!! *sambil ketuk pintu bilik aku tanpa henti..

terjaga dr tdo, mmg terkejut gilerr lah.. pening kepala jap..agak2 dh stabil, bru buka mata..

aku : alif, nk ape? 
alif  : Ochu buka pintu ni kejap.. buka kejap..
aku : Ochu nk tdo lah.. alif g lah main dlu kat luar.. *mls nya nk bangun..
alif  : alah kejap jerk Ochu..buka lah cepat.. 

aku bgn then buka pintu..
alif  : ha buka pun.. Ochu tdo?
aku : ermm..Ochu mengantok.. alif nk ape?
alif  : Ochu buka sumi ni kejap.. *smbil bg sumi kat aku..
aku : adoi lah..nape tak suruh ayah ke , ibu ke yg buka.. ibu kan tak keje ari ni.. *sambil amik sumi kat tgn dia..
alif : Ibu dgn ayah tak pandai..cepat lah Ochu..
aku : yelah2.. nak amik ni.. Alif g main kat luar ek.. jgn kacau Ochu k..
alif : Ok Ochu..

datang mood baik dia jawab ok, kalau tak ade jerk mende yg nk cari pasal..
pada sesiapa tak tahu, alif tu anak saudara aku.. anak abg aku..bulan 3 tahun depan brun masuk 3 tahun..
Selalu sgt lah dia dtg buat kecoh pg2 kat bilik aku.. 

masa aku ddk Dungun dulu, kalau dia telefon kan mesti ckp macam ni "Ochu bila nk balik? alif rindu Ochu.." olololo sweet jerk dgr kan.. hahaha
 byk lg cite dia, nanti2 aku cite ek..


nk cite sal budak kecik tu jerk.. k lah ngantokk sudah.. Zzzzzz






nite..



p/s : Oh baby, i think i wanna marry u.. <3




Azyyati Kamaruddin



Monday, December 5, 2011

Kuantan Banjir!!


assalamualaikum...
rasa mcm lain jerk nk taip2 ni..
skrg ni mmg malas berganda-ganda nk update blog weh..*sigh

skrg sy adalah suri rumah sepenuh masa..
hari2 keje nya online, makan, tido, masak, kemas rumah, tgk tv..
aku bru habis diploma, so now tunggu result lah..
kalau kantoi kena repeat, kalau lulus blh lah mula mencari koje...:)


 bilik ku sudah bertukar wajah yaww.. ouchhh dh tak pink dh.. biruuu pulakkk..:)

this is MOKGU..  ni my sis yg kasi.. aku tak suke yg besar2 n berbulu2 sgt.. takootttt... hahahha 
itu pun molot bear tu dh tercabut, semua angkara anak buah aku yg sorang tu lah, pa'an..



aku bukan nk bercerita tentang bilik aku or tentang MOKGU, aku nk crite tentang kejadian malam semalam...
KONTAN*kuantan banjir wehh!!

Aku keluar makan dgn sepupu aku sbb nk celebrate birthday dia dekat Restaurant Sarathai..
mmg hujan lebat gilerr tp tak expect lah boleh banjir dan semua jalan naik air..
skali otw nk balik, semua jalan naik air weh..
trafic light kat KAMDAR tu mmg sadis lah..

ini pic kat trafic light depan KAMDAR

 
area terminal pun naik air teruk.. air longkang semua melimpah.. 
memey*memang satu bandar lah banjir..
aku dh mls nk cerita, layan jelah gambar n video di bawah.. 


 
ini view dari atas MEGA MALL.. :)










XOXO 
Azyyati Kamaruddin


Wednesday, November 30, 2011

awak, cinta tu macam mana?


awak, cinta tu macam mana?
adakah macam sambal belacan, walau pedas sampai mengalir air mata tp orang tetap nk makan..
atau macam buah mangga, ada yang masam, manis, pahit, tawar..

 

awak, cinta itu macam mana?
ada orang kata, cinta itu indah, manis..
kalau org yang bercinta akan terasa seperti berada di taman bunga yg dipenuhi dgn bunga-bungaan yang wangi, suara kicauan burung yang merdu serta rama-rama yang terbang ke sana kemari..
TAPI kan awak, kalau cinta itu indah, kenapa ada yang sengsara bila bercinta?




awak, cinta tu macam mana?
kalau betul cinta itu kekal, kenapa ade yang bercerai setelah berpuluh2 tahun berkahwin?
kenapa ada yang putus setelah berjanji untuk setia selamanya?

 ......................................................................

awak sebenarnya cinta itu mmg macam sambal belacan, ia penambah rasa dalam kehidupan..
tanpa belacan mungkin hidangan yang dimakan tidak sesedap jika dimakan bersama belacan..


awak, cinta tu mmg ada macam-macam rasa..
macam kehidupan, tak selalunya kita bahagia..
ada masa kita akan rasa sakitnya kecewa, peritnya ditinggalkan..

awak, cinta yang kekal, hanya untuk ALLAH..
awak jika dia bukan untuk awak, awak berjanji sampai langit ke tujuh pun, dia tetap akan pergi tinggalkan awak..

 

Awak, 
kata DOKTOR, cinta ni bila jantung berdegup kencang..
kata PEGUAM, cinta itu perlukan bukti..
kata JURUTERA, cinta itu perlukan asas yang kukuh..
kata POLIS, cinta itu perlu di tangkap..
kata SAYA, cinta itu milik ALLAH...
jika kita letakkan seluruh rasa cinta kepada ALLAH, DIA pasti serahkan rasa itu kepada insan yang selayaknya untuk kita...

Awak,
berhentilah berfikir tentang mereka-mereka yang ada dalam lipatan sejarah silam awak, ada sebab kenapa Allah tidak izinkan mereka-mereka untuk berada di masa depan awak..








p/s : ♡ I'm not pretty. I'm not perfect. I'm not smart. I'm not proper. I'm not fake. I'm just ME.. ♡


p/s/s : entry ni tak ade kaitan dgn sesiapa ek...korang jgn nk memandai bt andaian aku ni sedang bercinta.. :)





Tuliasan hati : Azyyati Kamaruddin

Wednesday, November 9, 2011

final is coming...


Dalam sedar tak sedar dh nk final exam..
sgt2 berdebo2 sbb nya sem ni sem akhir aku..
jadinya, kalau gagal, mmg rs mcm owhhhh menyesal gilerrr...
dlm otak dh ade mcm plan utk lps hbis poly..
yg pastinya adalah MENCARI money money!!
meh aku kasi tunjuk jadual exam aku skit..


semuanya di dalam DEWAN BESAR!!





korang DOA kan aku dpt jawab dgn tenang dan idea melimpah2 yerk.. :)
ade masa aku update..


btw, 11.11.2011 ni 2 org sepupu aku tunang.. nak final lg, nk tlg sepupu aku nk tunang lg.. ouchhh, help me plsss...:)



i STOP here..
c u again blogger2 yg malatop sekalian.. :)






Lots of love : Azyyati Kamaruddin

Friday, October 28, 2011

mungkinkah?!!

assalamualaikum..
sungguh lama tidak menaip..kekok plak rasa..
i got a lot of thing to settle last week..
final project, report, presentation, prototype, test , quiz..
ouchh semuanya memerlukan pengorbanan masa tido yang sangat2 maksimum..
alhamdulillah, semuanya dh settle..
tinggal nk hantar report jerk nanti..

btw hepy depa to all indian..:)

Eh2 korang tahu kn kisah Muammar Gadafi yg dh kena bunuh tu kan..
aku tak kisah lah dia kena bunuh sbb dari kisah2 dia yg kita dengar, dia mmg kejam kan TAPI yang menjadi persoalannnya, kenapa mayatnya tidak ditanam, malah di pamerkan untuk menjadi tontonan umum?! sejahat mana pun dia dulu, skrg dia dh berada di alam lain, segala kekejaman yang dia lakukan akan dibalas oleh Allah, sebaik-baiknya, mayatnya, biarlah dibersihkan dan ditanam dgn sewajarnya kan..



walaupun hidup dlm kekalutan but kehidupan aku sgt gumbira skrg.. sometime rs 'down' tu biasa lah kn.. dlm hidup mana boleh nk 'up' jerk slalo.. my friends keep asking me " mai , nape tak terima jerk dia? kalau aku, awal2 dh aku sambar...ape lg yg ko nk? ".. yes, he got everything, wait everything, ermm not lah, but he got everything that we need in live.. family yg ok, kerja yg ok, kewangan yg ok dan rupa yg biasa2 so ape lg yg aku tunggu.. i was thinking about this everyday.. i cant force myself to fall in love with someone.. :) my answer bg soalan kawan2 aku tu "I am not looking for someone who has everything BUT someone who has time to spend with me MORE THAN everything.."



so i just nk share ayat dari Bob Marley yg aku rs sgt2 mendalam maksud nya..

here :

"He's not perfect. You aren't either and the two of u will never be perfect. But if he can make u laugh at least once, cause u to think twice and if he admits to being human and making mistakes , hold onto him and give him the most u can. He isn't going to quote poetry, he's not thinking about u every moment but he will give u a part of him that he knows u could break. Don't hurt him, don't change him and don't expect more than he can give. Don't analyze. Smile when he makes u happy , yell when he makes u mad, and miss him when he's not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don't exist but there's always one guy that is perfect for u..."



ouchh kepala tiba-tiba berpusing2, better i stop now..








Lots of love , Azyyati Kamaruddin

Saturday, October 22, 2011

cukuplah aku mencintaimu dalam diam



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
 
 ..............................................................................................................

copy paste dr FB..  :) suka ayat dia..

Azyyati Kamaruddin

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday

Thanks mama n jaja

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday..

my convocation day.. :)

Friday, October 7, 2011

gugur jua

tiba-tiba rindu menggamit memori..
segala kenangan terlayar di mata..
berganti2 bagai sebuah filem..
bermula dari yg gembira sehingga yg sedih..

bagai terdengar-dengar dia memanggil "kak azie, awok nk tahu tak?" " kak azie , awok ni..."..
terdengar ketawa dia..
terdengar celoteh dia..

dia kuat mengusik..
dia suka buat org ketawa..
dia penyeri dlm keluarga kami..



ya ALLAH rindu nya pada dia..
rindu nk dgr celoteh dia..
rindu nk dgr gurauan dia..
rindu nk dgr usikkan dia..
rindu nk dgr cerita dia kena kacau dgn hantu..
rindu nk tgk dia dgr dia ckp "kak azie, dh2 lah on9..bg kite pulak..kejap jerk.."
rindu segala-galanya tentang dia..


113 hari telah kau pergi tapi terasa bagai semalam kau masih bersama kami..
TEMPAT kan lah dia bersama-sama org yg beriman, YA ALLAH..
amin...

:(



Azyyati Kamaruddin

Thursday, October 6, 2011

tired

selalu begini, kenapa tidak begitu..
dan bila jadi begitu, sy mengharapkan ia jd begini..

owhh manusia apakah sy ini? tidak bersyukur dgn setiap yg terjadi..

i'm getting tired..
penat untuk cb memahami si ego..
Si ego tetap dgn ego nya..
salah sendiri, masih tetap nk salahkan longkang tepi jalan..*ape kaitan longkang? hentam jelah..

and now u yg putuskan begitu kan..
walau pun sy berharap begini tp sy ikut jerk rentak kamo..

cemburu tak tentu pasal..then bila org bagi nasihat untuk ke Korea, u balas mcm nk ke Italy *waterpark :)


pergilah kamo dgn 'perangai' kamo itu..
syg tak semestinya sy meng 'ia' kan setiap ape yg kamo lakukan.. got it?




nite..


mode : bebel



Azyyati Kamaruddin

Monday, October 3, 2011

pengurusan pembinaan

Thursday, September 29, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTi

- ENTRY BARU DIBAWAH -

-----------------------------------------------------------------


jadinya, 0-0 lah korang ek..
kalau ade yg terkesan dekat hati, kira langsai lah yerk..
kepada blogger2 yg bekerja, duit raya jgn lupe untuk dihulurkan kesini..al maklumlah , hamba masih lg belajar...:)


akhir kata, aku doakan korang semua gembira dan selamat untuk pulang berhari raya..
bawak kerete, moto, lori, bas, ferri, basikal dll dengan berhati-hati..
ingatlah orang yang tersayang..
:)



SELAMAT HARI RAYA :)





end








Azyyati Kamaruddin

Thursday, September 22, 2011

lafaz sakinah

Heningnya,sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula..Apa rasa, diterjemah hanya sebak abah, tangis ibunda..

pesan ayahanda :

"Adalah aku wali puteriku, serah kini amanahku ini padamu..Nafkahilah dia curah kasih dan cinta lebih dari yang ku berikan kepadanya...Dulu esakannya sandar di bahuku..tangisannya kini ku serah padamu..Bukan bermakna dia bukan milikku..Fitrahnya perlukanmu..Jadikanlah dia wanita syurga..Mengerti benar akan maharnya..Taat itu bukan hanya pada nama..Indah ia pada maksudnya.."


balasan menantu :

"Ku akur akan pesanmu..Puterimu kini amanahku..Iringilah
Dengan doamu, bahagia kami dari redhamu.."



sebaknya hati bila baca kan.. besarnya tanggungjawab seorang ayah.. beratnya nk lpskan anak yg dijaga dari sebesar tapak tangan..


wahai kaum adam sekalian, isteri adalah tanggungjawab yg sgt besar.. kamu memikul amanah kedua2 orang tua isteri kamu.. janganlah sesuka hati kamu nk pukul dan herdik dia.. jika kamu sudah tidak mampu untuk menjaga dan mendidik isteri kamu, serahkanlah kembali dia kepada kedua orang tuanya dgn cara yg baik... :)


tsk tsk tsk.. :(


*pic dlm bas smlm*



mood : emosional lps dgr lagu ni.. btw itu adalah lirik lagu 'saat lafaz sakinah..' nyanyian kumpulan far east.. )

Friday, September 9, 2011

Eid yawww!!


happy Eid everyone!! hohoho

mlm raye sgtlah penat..mcm2 buat..
buat kek 2 biji..*entry kek naty ek..
pagi raya, sepupu2, makpak sdare semua berkumpul kat umah aku*belah mak aku ek..
atenya kami tak ada kampung, jadinya raya di Kuantan sajelah..:)
mari layan gambo, mls nk cte banyak..

jaja*my sis my mum n me..
abg aku raye umah mak mertua dia taun ni..


:: nasi arab :: ayam goreng berempah :: kentang berlada :: kek 2 biji :: kari ayam :: ketupat :: rendang ayam n daging :: lempeng ::


aku nk mention awal2 ni, klau korang tgk yg pkai baju sama colour, sma corak tu, mereka adalah family ek.. kira mcm boria lah tiap2 family.. mmg every year mcm ini..:)

mereka gorgeousss..:)

ketibaan datok2 dan daten serta toh puan dan tanSri2 sekalian.. haha

berbaris utk bersalam..susuan adalah mengikut umur..:)


sesi memberi duit raye..sesiapa bekerja, sila keluarkan sampul duit raye.. hahah


aku msh study so dpt lg duitnya.. auwww.. duir raye aku 4++..alhamdulillah..:)




sesi berposing cantekk


kunun2 nk buat2 jatuh, skali terjatuh betol2.. hahah muke cuakk jerkk..:)






end sesi pening lalat..
mari kita makan.. dh makan semua..

we all pun berjalan ke rumah sdare mare..
1.Rumah Mak Long*akak arwah abah aku yg sulung.. baru meninggal 5.9.2011 ari tu..
2. rumah mak teh*akak arwah abah aku jgk..no bape aku tak ingat..
3.rumah mak de kiah *akak arwah abah aku jgk..
4. umah acik*adik mak aku..
5. umah pok *adik mak aku
6. umah mak de*adik mak aku
7. umah ayah Long *abg sulung mak aku..





then balik umah dlm kepenatan.. hahahaha






raye kedua, kerumah Cik Bie*akak arwah abah then umah Cik*adik mak aku..





end..



:)







Khatam Quran n berbuka puasa


cerita 27 Ogos 2011 yerk...


Aktiviti wajib family aku bila bulan puasa, Tadarus beramai2 then we all akan pick satu date utk khatam sekaligus dgn berbuka puasa..
setiap tahun akan buat kat rumah aku sbb tok*nenek aku ddk dgn aku..

atenya dlm ghumoh*rumah ,mereka2 yang Abc*Allah bagi cuti duk kelam kabut buat preparation nk bukak puasa so kami buat khatam kat veranda rumah..



ade banyak pic tp aku pick 3 keping ni jerk... mls nk resize banyok2..

bukan perempuan saje ek, lelaki pun ade tp mls nk upload pic..


muka suci tanpa make-up.. yeahhh.. hahah *suci ke? sila muntah jauh2 sikit ek..


then berbuka puasa pun tak upload pic sebabnya tudung semua dh hilang.. haha
ms sebelum azan, bising sangat, bayangkan lah we all ade lebih kurang 67 org..
Bila dengar jerk azan, semua diam, masing2 lapar.. then bising semula bila dh hbs makan..
hahaha



lps tu main munge api n mercun ramai2..auww teringat zaman kanak2 ribena dlu..meriah tak hingat..!!



ok mls dh nk cite..

end




p/s : update raya, menyusul lps ni..








Azyyati Kamaruddin

Sunday, August 28, 2011

Harus melepaskan


Hidup ni umpama RODA, hari ini kita kat atas dengan segala kesenangan dan mungkin esk kita akan berada dibawah dengan penuh kesengsaraan... Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik utk hamba-NYA...


“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.."

_Al-Baqarah 216_


Akan tersimpan perih disudut hati.. Setelah sekian lama kita bertahan..kita pendam semua duka rupanya Allah tunjukan kita jalan. JALANyang terbaik untuk kita…


Dalam hidup, ada sesetengah perkara yg tidak ingin kita lepaskan... Ada orang yg tak ingin kita tinggalkan..Namun akan tiba saatnya dimana kita HARUS berhenti mencintai seseorang... Bukan kerana kita TIDAK mencintai dia TETAPI kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.…..


Mengapa begitu susah untuk kita melepaskan seseorang?? Mungkin kerana ...

  1. Kebahagiaan kita sangat bergantung kepada dia..
  2. Kita merasa dia sangat kacak/cantik jika dibandingkan dgn yg lain..
  3. Kita takut tidak akan dapat menemui yg sama seperti dia lagi...
  4. Begitu banyak saat-saat indah bersamanya dan saat-saat itu sentiasa terbayang di depan mata..
  5. Hati kita berkata "sy sgt mencintai dia dan ingin menjd miliknya.."


Namun sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah, kita harus INGAT :
  • Melepaskan bukanlah bererti berakhirnya kehidupan malah ia adalah erti bermulanya sebuah kehidupan yang baru…
  • Kebahagiaan kita tidak tergantung pada dia tp pada Allah...
  • Orang yang kacak/cantik belum tentu yg terbaik buat kita...
  • Kita perlu tahu bahawa jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik untuk kita.. :)
  • Saat-saat indah itu hanyalah tinggalan masa lalu...tak salah dikenang tp tak perlu diingati selalu..
  • kita perlu melepaskan dia jika tidak ada apa lagi yg dapat dipertahankan dlm hubungan itu.. Tidak perlu kita menyiksa diri dengan mempertahankan sesuatu yg akan musnah akhirnya..
  • Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa tetapi kita telah memahami sesuatu!! Segala perkara ada had waktunya...Ada saat kita perlu mempertahankannya dan ada saat kita perlu melepaskannya...
Ingatlah, ALLAH menguji hamba-NYA mengikut kemampuan hamba-NYA..


" Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya …"




credit to : Renungan mukmin.. :)






Azyyati Kamaruddin