Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Wednesday, June 30, 2010

Wahai anak, ingatlahh!!

Kisah teladan ini aku baca dari sebuah buku dan penulis buku itu pn ambil kisah ni dr internet.. Bagi aku kisah teladan macam ini tak salah klaw kita kongsikan bersama-sama..
Sebagai seorang anak aku rasa cerita ini sgt TERKESAN n MENYENTUH hati aku yg paling dalam.. marilah sama2 kita baca n fikir-fikirkan..



Hormati IbuBapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada w aktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah : “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. 'Apa hal ini?', kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.






Monday, June 28, 2010

jauhhhh

"Entah mengapa sering terlupa, rahmat yg tiba berbeza-beza untuk semua kurnianNya tak terhingga.... Janganlah asyik memandang bintang, merenung bulan tinggi di awan... bumi dipijak rumput nan hijau dilupakan..."


aku nk continue study..
klaw bley aku nk pergi jauhh..
jauhhhh sgt...
aku nk lupakan semuanya..
aku nk cari life baru..
bilelah impian ini akan tercapai??









Friday, June 25, 2010

my BFF kawen!!

cerita basi..
tapelah, nk cerita jgk..
huhuuuhuh...sobsobsobsobsob.. *drama sket
my BFF CIK FARAH LIYANA ops bkn CIK tp dh jd PUAN FARAH LIYANA dh kawen pada 5 Jun 2010 aritu..

umah dye kat PUNCAK JALIL kot nama tmpt tuh...
byk sgt halangan nk ke rumah dye..
mcm2 jadi..
aku cerita salah stu jelah..
aku beli tiket balik kuantan hari dye kawen tu tp kol 3.30pm..
then kol 2 aku dh kemas2 brg semua..
kol 2.30 suh akak farah anta kat stesyen LRT sbb bas ssh nk dpt area situ..
kol 3.10 smpai kat stesyen LRT bukit JALIL..
aku naik bas kat PEKELILING yakni kena berhenti kat stesyen TITIWANGSA kot..
yg pasti amatlah jauh..

then dlm LRT aku tpon kaunter tiket..
bas ape ntah, aku lupa tp bas tu famous jgklah..

(aku = a, akak kaunter = a.k )

a : salam, kaunter bas tettttt..
a.k : ye..kenapa? *ckp mcm org mls ckp..
a : akak bas yg nk ke kuantan pkol 3.30 jap g dh sampai blom??
a.k : dh sampai dh.. *masih ckp mcm org mls..
a : akak boleh tak, emmm boleh tak suh bas tu tunggu kejap..kejap jerk.. *padahal, bapoklah lama..dlm 30 minit kot..saje ckp wat sedap hati..
a.k : bape lame??
a : tak tahu lah sbb sy dlm LRT nie.. *ms tuh bru naik LRT kat BJ..
a.k : awak ade dkt stesyen mana.. *dh ckp dgn elok..
a : emmmm , sy dh dlm LRT nie..
a.k : yelah tp kat mana? *sedikit marah..
a : BJ.. tp LRT dh gerak nie..jap jerk kak..bolehlahh.. *ayat mengharap glerr, membe aku yg skali dgn aku tu duk dgr jerk..
a.k : eh jauh tuh..tak bolehlah..
a : alah kak skali nie jerk..sy dua org nie.. *aku gelak glerr bile ingat2..ape mengong ntah ckp skali ni jerk..
a.k : tak boleh..dr BJ ke sini mybe amik ms 30 minit.. bas klaw 10 minit boleh r tunggu...awk dh taw nk naik bas kol 3.30 kn, kenapa awk lambat? *marah sudah
a : jln jamn lah kak..manelah sy taw nk lmbt..sy dh kluar awl td.. *ayat cover..tp aku stay cool..hehehehe
a.k : tak boleh, tak boleh..
a : tak boleh , tak pelah kak.. bas lain yg ke kuantan ade kol bape lg??
a.k : awak nie dh beli tiket blom??
a : dh lah tp dh bas taleh tunggu so nk beli tiket lain ni.. bas kol bape lg ade?? *sedikit marah..dh r kepala otak tgh serabuk..seb bek ade duet, klaw tak mmg berkampunglah kat KL smbil buat koje smbilan utk beli tiket bas..hahahahahah..
a.k : kol 9.30 malam..
a : mak aii lambatnya..tapewlah kak...Terima kasih..

tross aku letak fon..lps tuh aku duk bebel dlm LRT dgn kawan aku..org pandang aku, aku wat muka garang, semua pandang tmpt len balik...hahahahaha
sambil2 tu, ley aku dgn membe aku doa spy pak cik drebar bas tuh, sakit perot lah, tayar bas pancitlah.. biar bas delay utk 30 minit..hahaha *doa tak elok mmg ALLAH tak tlglah...

sampai2 dkt stesyen jerk, tgk jam dh kol 4.07pm...
hahhahahahah

tgk bas dh tadok, tros g cari bas lain..
tgk kat kaunter konsortium ade bas yg gerak ke kuantan kol 4.10pm..
tros beli tiket n naik bas...
huhuhuh..
selamat ade tiket kn..


ni aku tepek pics kawen dye :

ni b4 nikah..


tu suami dye, ms nk nikah...ayah Farah sendiri yg nikahkan..


lps nikah..dh jadikk isteri org kawan aku nie..sobsobsob


ms bersanding..pttnya aku yg jd pengapit tp ms nie dh kalot nk kemas brg..
aku jadi pengapit ms kat meja makan jerk..
pengapit terjun *bleh tak ckp cm tuh???
aku nk kuar g makan kt bwh khemah, tetibe along Farah panggil suh jd pengamit..
mmg stock terkejut..
1st time okeah!!


ni brg hantaran..
tema itam n putih..



so kepada PUAN FARAH LIYANA :
"selamat pengantin Baru...semoga kekal hingga ke akhir hayat n scepatlah dpt baby..tak sbar nk tengok muke anak ko...muahhhhhh cyg ko!!"








Tuesday, June 22, 2010

Tag dari Dawy

Terima kasih Cik Dawy atas kesudian kamu utk tag saya.. :p

makanya sy akan menjawab tag nie sebaik mungkin... *awas kamo, kamo dan kamo semua..kamo juga bakal di tag..



Moh*mari kita lihat soalannya :

1. Adakah anda rasa happy sekarang ?

Tersangatlah happy..

2. Kenapa anda rasa happy ?

sbb Cik Dawy Tag saya dan sbb naty sy nk g bercuti.. *tak sabarnya..


3. Apakah yang boleh membuatkan anda happy ?

byk sgt..antaranya :
- family
- kawan2
- dia
- blog
semua perkara yg berlaku dlm hidup sy, akan membuatkan sy happy...

4. Pernah anda menerima tag ?

klaw yg formal sebegini, means siap tulis nama kita utk ditag tak pernah.. 1st time lah nie..

5. Nyatakan warna yang anda suka .

hitam, pink, putih, merah

6. Beritahu 9 orang yang anda tag .

sape ek, bentar yah, mau fikirin...
okeah ini org yg bertuah ito :

- Cik Ayu
- Kak Yana
- Dr Faryn

selebihnya, kepada sesiapa yg bc tag nie, dye WAJIB jawab...

selamata menjawab semua...






Monday, June 21, 2010

jom tgh nie...Ronnie sedang mencari cinta sejati dia..


click pic utk tlg ronnie..

Happy Family Giveaway


Untuk menyertainya
Ikuti langkah-langkah ini:
  1. Jadi follower djfcloset.
  2. Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link djfcloset dalam entry tersebut.
  3. Letakkan banner "Happy Family Giveaway" ke sidebar blog anda dan link ke entry giveaway ini.
  4. Setelah selesai, komen di bawah entry tersebut dan sertakan nama, email dan link entry yang anda telah buat.
Giveaway ini terbuka kepada semua blogger tempatan. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 9 Julai 2010.

Keputusan akan diumumkan 3hari selepas tarikh tutup penyertaan. Sebarang pertanyaan, email kami di djfcloset@yahoo.com

Pemenang akan dipilih secara rawak dan telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.

Hadiah akan di pos kepada pemenang.




p/s : jom sertai contest nie..



Sunday, June 20, 2010

ularrr

assalamualaikum...

aku baru lps mkn..
dlm tgh2 fikir nk update ape, tetibe mak aku panggil ajak mkn..
so aku g lah kat dpur..
sume ade kat dapur time tu..
akak aku nk goreng ayam..
aku nk buat air..
mak aku nk masak maggie..
mak ngah aku tgh mkn bubur kacang..
nenda ku tgh amik baldi bwh sinki..
tetibe nenda aku ckp.. "eh cik panjang.."
semua org kat dapur tu terdiam n pandang ke arah nenda..
yes, ade Cik panjang yg sedang syok berlingkar bwh sinki..
aku dh geli geliman..
then panggil pok teh aku yg duk kat atas tgh tgk tv..
mak aku amek buluh bagai then bg kat pok tek...
akak aku n mak ngah aku dh lari naik kat atas...
aku nk naik jgk tp xkan nk tinggal org2 tua jerk kat bwh..
aku buatlah brani..
then pok teh aku dh tekan badan Cik Panjang itu n dia perlukan seorang lagi untuk tekan muka Cik Panjang..
mak aku pn amek buluh then nk tekan muka, aku plak suluh lampu dr jauh...
mak aku tekan ape ntah, tak kena muka..
aku cam kesian, then aku amik buluh tu, aku g tekan.. *dlm otak duk pk, klaw nk mati, tapewlah..dah ajal nk sampai..
lps aku berjaya tekan, pok teh aku sepit muka Cik Panjang then bwk keluar rumah..
bunuh n tanam...


Aku mmg geli sgt tgk ular, katak n binatang yg berbadan lembik2 nie..
tp ntah cam ne td aku bley brani nk dekat..
dlm otak aku time tu just tanak apa2 berlaku kat mak aku..
so aku amek buluh tros tekan kepala Cik Panjang..

mula2 aku tgk Cik Pangjang sedap jerk tdo kat bwh sinki tu, aku mmg tak sampai atie..
aku siap ckp kat mak aku : "ishh ma kesianlah nk bunuh dia.. ala kesian lah ma.."
mak aku jawab : "ko jgn nk merepek lah.."

btoll, kesian sgt tgk...Cik Panjang td tadewlah besar sgt tp kalaw kena bisa dia, still boleh bwk mati kot..

1st time dlm hidup aku, aku berani tangkap ular...hari ini dlm sejarah beb!! hahahah


sekian..
.
.
.
.
.
.
end...



p/s : esk nk puasa..jom join...puasa bulan rejab, byk kelebihannya...








Thursday, June 17, 2010

izinkan saya berbicara

cewahhhhh tajuk mmg taleh blahhh kn..
hahhahahahaha

sejak akhir2 nie aku rasa otak aku mcm keras semacam jerk...
nk berfikir pn cam lembab jerk, nk kire 2+1 pn ambik masa lapanploh jam nk bg jawapan...
kenapa,mengapa,bagaimana semua ini boleh terjadi kepadaku...
bile duk saje smbil on9 smpai muntah, tetibe jerk rs mcm nk kire mekanik struktur, hidraulik...
hahahahhahaha
inilah padahnya bile tak study..
bile study duk mencarut, bile ntah nk hbs...
bile dh hbs, duk mencarut nk msk balik... *gilakkkk btolll

Bila final exam jerk, mstilah semua org study kn..
kol 3 n 4 pagi tu cam mainan jerk...
mata ngantok pn, tak hiraukan...
air mineral nie dh berbotol2 habis, tandas pn dh lapanpuoh kali duk ulang alik...
tgh2 bosan membaca, kekunun nk hirup udara pg lah..
aku pn jln2 ke tingkat bilik yg sengaja dibuka dgn luasnya dh langsir di selak sebesar2nya...
pandang luar, ternampaklah kuarters lecture yg gelap jerk..
ade er patut kitaorg bley jealous sbb lecture bley tdo dgn tenang n we all xleh tdo..
hahahahhaha

mcm2 kerenah time study dulu, klaw ingat2 balik mmg aku gelak sorang2 r...
klaw tgk video lg lah...
hahahhaahahahhahahahahahah

tp skrg masing2 dh buat haluan sndiri...
rindunya kat korang..
rindu nk gadoh,rindu nk ketawa kuat2, karaoke dlm bilik kuat2, mandi sama2, share mknan...
owhhh i mishh that time...

tapi hidup perlu diteruskan...
perjalan masih jauh...
sepanjang perjalanan naty, lebih ramai lg org baru yg akan kita jumpe..
tp bile dh jumpe org baru, tak bermakna kite akan lupe org lama kn..
mereka semua tetap kekal dlm ingatan.
kekal sebagai seorang yg pernah menceriakan hidup ini...

mcm tu jgk bila bercinta..
bila putus, pasti kita jumpe yg baru..
walaupun yg baru tak sehebat yg lama atau yg lama tak sehebat yg baru, kita tetap tak boleh teros lupakan yg lama...
sebenci mana pn kat dye , ingatlah yg dye tetap pernah bahagiakan kita walaupun utk seketika..

kadang2 hati nie rindu jgk dkt insan2 yg pernah bahagiakan aku dulu wlpn utk sekejap..
tapi rindu jerk, tadew nya nk feeling lebih2..
kena sedar diri sket, takot nanti jatuh lagi, bile dh jatuh msti sakit kn....:p

aku nie suke bc novel taw...
aku selalu berangan kisah cinta mcm dlm novel..
tp dulu penahlah jugak ade kisah ala-ala novel dlm hidup aku... *geli mat mat mat
"teman tp mesra" aku penah ciptakan satu lagu utk aku... auwwww sweet sgt ms tu..
rs mcm melayang2 di awangan.. hahahahaha

nk tnya nie, klaw korang kn...
korang kuat tak untuk pergi ke majlis pernikahan org yg korang sayang, cinta? korang g tak, klaw dye jemput??
tadew kaitan dgn aku pn, just nk opinion korang...






p/s : ntah ape2 ayat aku...perenggang tunggang langgang...!!maafkanlah hamba insan yg lemah ini..heheeh

Wednesday, June 16, 2010

REJAB dtg lagi..

Assalamualaikum...
sedar tak sedar ari isnin ari tu dh masuk 1 Rejab..
Rejab, lps tu Syaaban then Ramadhan...
dekat dh kite nk puasa kn..
pertamanya nk ucap syukur kerana masih diberi peluang untuk meminta ampun dan mengutip pahala...
aku bknlah seorang ustzah yg pandai memberi hujah2 agama tetapi disini aku nk share lah dgn korang tentang bulan Rejab..
Nota ni pn aku baru jerk baca so klaw salah tlg lah betolkan ek..

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita bersama dengan memperbanyakkan ibadah.

Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w. : Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.

Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


..........................................................................................


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.




Tuesday, June 15, 2010

Bila Rasaku Ini Rasamu

"Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi


Aku Memang Terlanjur Mencintaimu..."



apa makna ko bg lagu ni kt aku?? :.(






Wednesday, June 2, 2010

Menyesal

"Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu

Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu
"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...

first word yg aku nk ckp adalah BOSANNNNNNYAAAAAAAAA!!!
alahai, bosan jgk ek bile balik umah nie..
rehat yg tiada penghujungnya!!
sampai tgk TV aku bosan, ON9 aku bosan!!sumelah bosan!!
hati cm nk on9 tp mls plak nk gerak g bkk lappy!! *boleh cm tu??

Aku serba salah nie, sal BFF aku kawen kat Puchong ujung minggu ni..
aku tak cnfrm lg nk g..
sume org tak bg kata putus lg, takan i nk g sorang kn..
mau bengong aku duk situ sorang2...
cam ne ek?!! *sigh



sebenornye ade benda len yg aku nk tls, tp biarkanlah dulu!!!
naty dah dpt kepastian bru aku tulis!!!


*syahdu jerk lirik kat atas tu!!