Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Saturday, November 6, 2010

Ingatan

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca..

disentuh terguris..
dihantuk serpih..
dihempap berkecai.


Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata..
cakap tinggi nanti dibenci..
terlalu rendah dipijak pula..
cakap sombong mengundang lawan..
hati-hati meluah kata..
kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa..


Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku..
harga diri letaknya di situ..
jangan meluru ikut telunjuk nafsu..
sesekali tersilap langkah..
akan dihukum selamanya..
keturunan dicerca payah..
menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian..
ia cermin peribadi..
juga lambang bangsa..
di mana dan dalam keadaan macam manapun..
biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.



Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu..
kerana malu itu..
sebahagian dari iman...








1 comment:

qaseehatiku said...

i like it..simple sekali..tp sgt brkesan..