Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Friday, October 22, 2010

what goes around comes around

setiap yg kita lakukan, pasti kita akan dapat balik..
klaw dulu kita penah sakitkan hati org, naty org sakitkan hati kita semula..
klaw dulu kita pernah hina org, naty kita akan dihina semula..
klaw dulu kita pernah mainkan perasaan org, naty perasaan kita akan dimain kan dgn lebih kejam lg..
klaw dulu kita rampas bf org, naty org rampas bf kita dgn cara yg paling membuatkan kita merana..

*sigh


Allah itu maha kaya, maha mengetahui..
setiap yang Dia aturkan adalah yang terbaikk utk kita..
walaupun untuk mendapat yang terbaik itu , kita perlu menempuh derita..
Setiap yg kita lakukan pasti akan dibalas..
Tidak semua org sempurna..
yang nampak baik belum tentu baik dan yang nampak jahat belum tentu lagi dia jahat..


seperti kata org , Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik..Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat..


Baik itu hati..
Baik itu akhlak..
Baik itu terlalu payah untuk dilihat..
Org yang jahat, tidak selamanya jahat..
selagi ada keinsafan di dalam diri untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah, selagi itu lah dia masih punya harapan untuk jadi baik..
Allah maha pengampun, DIA cukup suka hambanya yang memohon dan meminta keampunan dar NYA..


pic tadew kaitan dgn entry..ini keje harian aku yerk, memphotoshopkan gambar..hehhehe


untuk menjadi seorang yang baik, kita perlu mempunyai hati yang bersih..
bagaimana untuk kita menyucikan hati kita, ni aku kongsi tips dari Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah..

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a : Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"..

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur : Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan...

3. Solat taubat : Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran : Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif : Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)..

7. Program minda/cuci minda : Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa : Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Mengingati mati : Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan : jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14.Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16.Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)



maka nya, marilah kita sama2 bersihkan hati kita..
berusahalah untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang sejati..
Untuk berubah kita tidak perlu perubahan yang terlalu drastik, takot naty perubahan itu tidak kekal lama..
Berubahlah secara perlahan-lahan supaya ia sebati dalam diri dan kekal selamanya di dalam diri kita..






p/s : kalau sy salah, betolkan sy..







2 comments:

qaseehatiku said...

izinkan sy copy utk d share d blog sy..tenkiu

maiTuty said...

qaseehatiku : boleh2..ambilahh tp link kan ke sy yerk..