Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Wednesday, April 14, 2010

Alasan Tolak Cinta Bestfriend..

banyakkkkkkk sgt nk update!!!
sal g perliss.....
tapi tdk punya waktu...
masa terlalu mencemburui aku!!!
huhuhhuh...

So sbb mls nk bercerita lg so i nk bg tips lah sket ek kat u all!!

Tipss ALASAN TOLAK CINTA BESTFRIEND...

Dari kecil kamu berkawan dengan dia, malah keakraban seperti seorang yang bersaudara... Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cinta dia terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Kalau terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. so ini aku bg tips-tips nk cipta alasan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, berterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik.. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. Kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya.. Sampaikan dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya.. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. Jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. Kamu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. Jadi kamu tidak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. Teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saja dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya.

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. Pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saja padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika.

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu harus berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kamu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.



so aku dah bagi tips, pepandailah korang pilih nk yg mane satu!!! Tapi mmg ssh kn nk tolakk!!
haippp!!!




No comments: