Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Wednesday, March 10, 2010

RIBA

RIBA?!!ape ek?! *smbil daru2 dagu!!
haipp bukan RIBA yg aku duk ats ko, then lps dh lenguh, ko plak duk atas aku..
bukan riba itu yerk murid2!!
RIBA disini membawa erti : sebarang tambahan dalam barangan tertentu(ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh..

Ertinya :
"Apabila ditukar emas dengan emas(ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa), dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu, sebagaimana yang disukai."
(riwayat Muslim)

Riba nie suatu benda yg luas!! sesuata yg kadang-kadang kita sendiri pn tak sedar yang kita telah melakukan riba. Kita rasa kita buat benda yang betol tp sebenar ia adalah salah..Tapi terlalu ramai umat islam yang terlibat dengan tanpa rasa bersalah.Padahal riba tergolong didalam dosa-dosa besar..

contoh riba yang selalu kita lakukan :

1. Bila kita beli emas.. Contohnya kita nk jual gelang then nk beli rantai. Kita tolak gelang emas itu then kite tambah duit sikit then kita beli rantai emas yang baru..ini adalah RIBA!!sepatutunya apabila kita beli emas, hendaklah kita menjual gelang emas itu terlebih dahulu..Selepas membuat akad jual beli, kita dh dpt duit dari penjualan gelang emas tersebut, barulah kita beli rantai emas yang baru.

2. Bila menjual apa-apa barang yang boleh dihutang atau dibayar cash.. Contonya kita jual tudung..Harga cash bagi tudung itu adalah RM 45 tetapi harga hutang bagi tudung itu RM 50.. ini juga riba!! Apa yang kita perlu buat adalah, kita perlu tetapkan satu harga sahaja untuk sesuatu barang, tidak boleh ada harga utk byr cash or hutang!!klaw rasa nk letak harga RM50, letak jerk RM50.. tak perlu ade dua harga utk satu barang yang sama.. faham tak?aku tak reti sgtlah nk explain detail sgt!!


okeah dua contoh jerk sbb nak bg byk2 naty takot salah info.. sy pn budak baru belajar, kalau salah tolong BETOL kan!!




Hukuman Riba dalam ISLAM..
1.Pemakan dan Pemberi Riba perangi ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.
Maksudnya, sesiapa yang melakukan riba, ia akan berada di dalam posisi peperangan dengan ALLAH dan RASUL.

2.Kehilangan Berkat Harta Dan Kehidupan
Tercatac dlm Al-Quran :
"ALLAH menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah".
(Al-Baqoroh : 276 )

3.Seperti Berzina dengan Ibu Bapa Sendiri
Hadis Nabi SAW :
"Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya."
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)

4.Lebih berat daripada 36 kali zina
Nabi SAW memberi amaran :
"Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahui lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali."
(Riwayat Ahmad dan Ad-Qutni)

5.Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar
Hadis nabi :
"Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut), dan menuduh perempuan suci dengan zina (tanpa saksi yang adil)."
(Riwayat al-Bukhori dan Muslim)

Dasyat kn hukuman Riba nie..aku pn baru tahu!!sebab baru belajar dengan detail tajok nie..lepas dh tahu macam terfikir-fikir, pernah tak aku buat riba?!! masa dlm class adelah sorng kwn aku ni (lelaki), nak tahu tak dia ckp ape : "hisy penat jerk aku tahan dari buat zina, rupanya selama nie aku berzina" *aku macam, apehal ko ni..
rupa-rupanya, dye tu beli motor, then motor tu byr hutang!!so kire ribalah kan.. tapi dye saje jerk buat lawak, bukan betol-betol pn..dia mmg berperangai sebegitu!!suke buat something yg buat org terfikir n org gelak macam nk mati tp dye cool dgn muka serius!! lawak-lawak!!

Info paling latest *chaittt aku terima bahawasanya PTPTN telah di islamkan.. hehehe ayat very the poyo kn.. sblm ni kn ptptn ade unsur2 riba, so pihak-pihak yang bertanggungjawab telah membuat suatu perbincangan dan telah menghalalkan ptptn... so kepada peminjam2 n sape2 yang nk pinjam, usah risau yerk.. PTPTN adalah HALAL..


Dengan tersebutnya perkataan PTPTN diatas, so berakhirlah Forum kita pd hari ini.. tak tahu nk tutp macam mana, no idea, hati dok ingat nak study HIGHWAY sbb esk de test tapi otak cbuk jugak nk kuarkan idea-idea bernas ini..jap-jap, bernas er??bukan beras ek!!

okeahlah, aku choww dulu!!modul HIGHWAY dh memanggil2!!susahh weh nk hingat fakta nie!!adehhh...korang engat senang er nk buat jalan?!! sudah, sudah jangan emosi yerk Azyyati!!
korang klaw ade info-info aku yg silap or korang de ape-ape yang penting, share lah ek!!

Assalamualaikum..Nite!!





Blogger Templates

No comments: