Followers

click this!!

membilang hari!!

Lilypie Kids Birthday tickers

Note :

"However good or bad you feel about your relationship, the person you are with at this moment is the "right" person, because he or she is the mirror of who you are inside..._Deepak Chopra"

Sunday, May 1, 2016

Dia

"Dia, insan pertama yang  bertakhta,
Dia, insan pertama yang ku cinta,
Dia, telah membuat ku bahagai,
Dia yang mengajarku tentang erti rindu.."


Bertahun telah berlalu, 
namun bohong lah andai tidak terjentik hati dan emosi 
dengan perkhabaran walimatulurus mu..
Tiada dendam, tiada benci cuma terkilan,
jemputan itu tidak datang dari mulut mu sendiri..
Sedangkan hari terakhir kite berhubung, 
kita berjanji untuk berkawan sampai mati..
Tapi masing-masing bawa haluan sendiri sehingga kini lepas 6 tahun, 
kau akhirnya milik isterimu..
Jadi lah suami terbaik untuk dia,
ayah yang terbaik untuk zuriat kalian..
Aku doakan semua yang baik-baik akan jadi milik kalian..
Moga Allah bersama kalian di sepanjang perjalanan kalian di dunia ini..


Aku?
InsyaAllah, sampai masa akan mengikut jejak kalian,
doakan.. 






Dibawah terik mentari, 3.30 pm
3rd year student
Azie K

Friday, March 13, 2015

DIA lah dihati

Aku persoalakan ,
Kenapa Allah uji aku sebegini berat?
Aku solat tapi kenape Allah masih menguji aku?
Aku puasa, aku tutop aurat tapi kenape aku juga yg masih diuji?
Kenapa aku diuji sampai aku rasa putus asa dgn hidup ini..
Kenape aku diuji sampai tahap aku rasa nk pergi jauh dari semua orang..
Kenapa aku? 
Kenapa tidak Allah tunaikan doa-doa aku?
Kenapa tidak Allah tunaikan segala permintaan aku?




Aku renung kembali amalan-amalanku,
Aku jarang-jarang solat diawal waktu..
Aku jarang-jarang bangun solat malam..
Aku jarang-jarang mohon doa ketika waktu dhuha..
Aku kadang-kadang tidak menutup aurat dgn sempurna..
Aku kadang-kadang terkasar bahasa dgn ibu ku...
Aku kadang-kadang menyakiti hati insan lain tanpa aku sedar..
Aku kadang-kadang punya buruk sangka pada insan lain..



Kini aku mengerti,
Allah uji kerana Allah ingin dengar rayuan ku..
Allah ingin dengar tangisan ku..
Allah ingin dengar permintaanku berkali-kali,
Allah ingin aku memperbaiki segala kekurangan ku
Allah ingin aku sentiasa dekat dengan-NYA..




Ya Rabb,
Maafkan aku kerana mempersoalkan ketentuanMU..
Maafkan aku kerana masih ingkar akan perintahMU, walau saat aku diuji olehnya..
Maafkan aku kerana aku belom mampu untuk menjadi hambaMU yang benar-benar taat kepadaMU..


Uji lah aku selalo ya Tuhan ku,
Agar aku bisa sentiasa mengingatimu..
Janganlah KAU berpaling dari melihat ke arahku..
Tiada lain pintar ku selain dari memohon agar KAU mampu berikan aku selaut kesabaran dan segunung kekuatan..









Hamba kepada Tuhan Yang Maha Besar..
13.3.2015 :: 6.39pm

Tuesday, February 17, 2015

Rojak Pak Lah ( Taman Gelora )

Assalamualaikum..

Korang yg mana datang Kuantan, tak lengkap percutian korang kalau tak memanjakan perot korang dengan ROJAK PAK LAH dekat Taman gelora.

Dulu time sekolah, selalo jgk lps sekolah dtg makan rojak kat sini.. Gerai rojak ni kedai lama.. Orang Kuantan, yg mana tak tahu gerai rojak ni tandanya dia belom betol-betol jadi orang Kuantan.. heeee

Lokasi kedai rojak ni terletak dekat Taman Gelora.. Taman gelora ni, taman tempat jogging, beriadah, berkelah.. Taman ni mengadap pantai ye korang.. Korang kalau dh sampai Kuantan, korang taip jelah dkt Waze korang 'Taman Gelora, Kuantan' .. ha ikot je direction.. sampai lah korang dkt gerai Rojak Pak Lah ni..

 Dari tempat parking kereta, korang nampak tak gerai yg berpayung biru banyak-banyak tu.. ha tulah gerai Rojak Pak lah.. 
Tempat makan ni berkonsepkan gerai, so nan ado kipas dan aircond tp ade aircond semula jadi dari pantai..  :)




Sambil-sambil makan, sambil menikmati ketenangan pantai..

hujung yg nampak putih tu, ha tu lah pantai nya..


ini antara menu rojak yang ado disini..


ini lah rojak nya.. oke lupe bape hinggit,..  tapi sedap sangattt.. Sampai termimpi-mimpi.. 


oke Edisi Jalan-jalan cari makan episode satu, habis disini.. 
moga kite bersua lagi..



love,
Azie


Tuesday, April 1, 2014

monolog dari hati..

Duduk sendirian, satu persatu ingatan padamu datang, bagai tayangan maraton Running Man..
Tersenyum aku sendirian, rindu nya pada awk yang dulu.. 

Mata dipejam, lalu hati berkata :


"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah .. Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu... Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. " 

Ada mutiara jernih mengalir.. Ya Allah, aku mengangis bukan kerana lemah tapi aku terharu dengan diri ku sendiri.. Aku dapat hadapi segala ujian dgn tenang.. Terima kasih Allah atas kekuatan yang telah KAU pinjamkan kepadaku.. 




Aku pinta pada Allah, agar dirimu diberi kesihatan yang baik sebelum kau datang untuk menjagaku.. Dirimu diberi kemudahan sebelum aku dapat membantumu.. Dirimu diberi ujian untuk kesedaran sebelum kau datang membimbingku.. Dirimu diberi kekuatan untuk menjaga diri, iman dan perasaan untuk jodohmu sebelum kau datang melamarku..


Yang Merindu,
نور ماءيزن ازيياتي بنت کامروددين

Thursday, March 13, 2014

Duhai lelaki


Assalamualaikum..


Wahai LELAKI, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar GADIS, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:


Pertama : Kamu menjadi seperti janggut. Mudah dibela, diusap, dibelai dan dimanja. Selepas itu ? Dicukur.

Kedua : Kamu menjadi seperti tiara. Berada di atas perempuan. Tersimpan rapi. Melindungi kepala. Bukan senang dilihat pengorbananmu, apatah lagi menjangkakannya. Hanya orang yang terpilih sahaja yang bertuah dapat dilindunginya..

TAHUN ni byk sgt membe-membe yang satu sekolah, satu tmpt study dlu yang nk nikah.. ye sy baru 22 tahun tp ade kawan saya yang dah ada 2 org anak dan bahagia je sy tgk.. alhamdulillah rezeki dia kan.. Allah tetapkan jodoh dia awal..

Pada sy umur berapa pun untuk kahwin itu bukan hal yang penting, asalkan BERSEDIA untuk pikul tanggujawab sebagai isteri/suami dan ibu/ayah, itu sudah memadai.. 
Sy tak pernah tetapkan bila sy akan berkahwin.. Andai jodoh telah sampai, maka kahwin lah saya.. haha
Terasa mcm gatal je ckp bab kawin ni.. pedulikann!!

Wahai bakal imam ku, 
aku tidak meminta rumah yang besar,
aku tidak meminta kereta yang gah,
aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah,
aku tidak meminta wang yang banyak,
aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana..
TETAPI
izinkan aku meminta sesuatu darimu, 
bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya.....




lots of love
~ME~

Tuesday, September 10, 2013

Kembali ke Sekolah

Assalamualikum and hai everybody..
Ayuh kembali ke sekolah ayuhh!!
Nk bgth 'i'm being a student again'..  ;)
Alhamdulillah, syukur yg amat kepada yg ESA sbb bg aku peluang utk aku gapai cita-cita aku..
Actualy masa 1st time check result UPU then i was like, what the hell.. Kejadahnya dpt Universiti Malaysia Terengganu.. Cos Alam sekitar pulak tu..
Aku amik masa yg agak lama utk fikir.. Hati ms tu 50/50.. Separuh nk pegi, separuh lagi tak nak sbb aku terlalu berharap utk sambung degree civil engineering.. Mcm kecewa lah ms tgk result.. Then aku tnya pendapat ramai orang tentang cos ni.. Ramai yg bg feedback yg positive, walaupon ade jgk yg  bg negative feedback.. 
Setelah berfikir dgn waras, akhirnya aku terima tawaran tu.. Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) or EnTec , bye Civil Engineering.. i will miss u.. ;'( 
2 week ddk sini dan aku rs oke je walaupun nk bergerak ke mana-mana agak ssh sbb tiada transport sendiri..
Terengganu? No mall, no cinema tp punya ketenangan.. Aku suka pantai... Org kata, Tak kenal maka tak cinta.. 4 tahun akan ddk sini, jangka masa yg agak lama maka rssa cinta tu harus di pupuk.. ;)
oke lah, aku dh mengantok.. Taip dlm keadaab mengantok, ayat tunggang terbalik harap di maapkan.. Btw aku harap korang doakan aku berjaya ye, dpt genggam segulang ijazah 4 tahun lagi..
Goodnite ;)
With love : نور ماءيزن ازيياتي بنت کامروددين

Saturday, May 18, 2013



17/6/2011 and 18/5/2012

We thought of you with love today,
But that's nothing new.
We thought about you yesterday,
And days before that too.
We think of you in silence,
We often speak your name,
Now all we have is memories,
And your picture in a frame,
Your memory is our keepsake,
With which we'll never part.
GOD has you in his keeping,
We have you in our heart...